Empat Pelajar Disahkan Covid-19

- Advertisement -

IPOH: Empat pelajar dari Sekolah Raja Perempuan Taayah di sini disahkan positif COVID-19 selepas menjalani ujian calitan.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Penerangan Negeri, Mohd Akmal Kamarudin, berkata empat pelajar berkenaan dikesan positif selepas ujian calitan dilakukan terhadap lebih 300 pelajar dan guru daripada pusat pengajian berkenaan.

“Selepas menjalani ujian calitan, empat daripadanya didapati positif iaitu dua daripadanya Tingkatan 6, masing-masing seorang Tingkatan 3 dan 4.

“Lebih 70 orang pelajar menjalani kuarantin di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Ulu Kinta dan selebihnya di sekolah Taayah,” katanya pada sidang media selepas merasmikan program Program Ijtimak Perkaderan Dakwah Negeri Perak di sini, hari ini.

Mohd Akmal berkata, kesemua mereka sudah menjalani kuarantin sejak Ahad lalu berikutan sebahagiannya bergejala dan mempunyai kontak rapat.

“Paling terbaharu seorang lagi mengalami sesak nafas, tetapi kita tidak memastikan lagi sama ada positif atau tidak,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini tiada lagi makluman berkenaan terdapat pelajar yang positif di Sekolah Izzuddin Shah di sini.

Media sebelum ini, melaporkan Sekolah Izzuddin Shah dan Sekolah Raja Perempuan Taayah di sini ditutup sementara, berikutan seorang pelajar dikesan positif COVID-19.

-Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat