Naib Presiden PEKAP antara 58 individu terima darjah kebesaran Pahang

KUANTAN – Naib Presiden Persatuan Kebajikan Anak-Anak Pahang di Ibu Kota (PEKAP), Mohd Herman Awang kini bergelar Dato’ selepas menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) di Istana Abdulaziz, hari ini.

Beliau antara 58 individu yang menerima darjah kebesaran dan pingat sempena memuliakan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang ke-67.

Pada istiadat itu, Sultan Pahang berkenan mengurniakan DIMP yang membawa gelaran Dato’ kepada 32 penerima, termasuk Mohd Herman.

Menurut kenyataan Kesultanan Pahang, keberangkatan Sultan Pahang ke Balai Mahkota pada pukul 11 pagi diiringi Tengku Ampuan Pahang dan Tengku Mahkota Pahang.

Turut hadir Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail serta barisan kepimpinan kerajaan negeri.

Selain Mohd Herman, penerima DIMP termasuk pengulas sukan, Abu Bakar Atan; penyanyi, Wan Aminuddin Wan Ismail; Presiden Genting Malaysia Berhad, Lee Thiam Kit dan Ketua Pegawai Eksekutif Feytech Holdings Berhad, Connie Go.

Darjah kebesaran sama turut dikurniakan kepada Setiausaha Politik Menteri Besar Pahang, Mohd Farid Mohd Nor; Pengarah SPRM Pahang, Mohd Shukor Mahmud serta Pengarah Urusan Yayasan Rukun Negara, Noor Azam Samsudin.

Pada istiadat berkenaan, tujuh individu menerima Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Dato’ Sri.

Mendahului senarai penerima ialah Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Noor Hisam Nordin.

Turut menerima SSAP ialah Ketua Pegawai Penyelidikan dan Inovasi merangkap Pakar Perunding Kanan Anestesiologi Institut Jantung Negara, Prof Suhaini Kadiman serta Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), Ir Ts Shamsul Ahmad.

Sementara itu, 11 individu menerima Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang membawa gelaran Dato’, termasuk Ketua Pengarah Jabatan Bekalan Air, Ir Ts Anita Mohamed Shafie; Timbalan Akauntan Negara (Operasi), Ayub Zaidin serta bekas pemain dan jurulatih badminton kebangsaan, Sairul Amar Ayob.

Istiadat itu turut menyaksikan lima individu menerima Setia Mahkota Pahang (SMP), seorang menerima Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP) dan dua lagi menerima Ahli Mahkota Pahang (AMP).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat