Bekas CEO UiTM Holdings didakwa pecah amanah RM37.37 juta

KUALA LUMPUR – Seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) UiTM Holdings Sdn Bhd mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Shah Alam pada Khamis atas satu pertuduhan melakukan pecah amanah membabitkan wang RM37.37 juta, 9 tahun lalu.

Azlizan Fadzil, 53, hadir ke mahkamah dengan berkerusi roda dan membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Datuk Mohd Nasir Nordin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh selaku Ketua Pegawai Eksekutif UiTM Holdings Sdn Bhd (UHSB), telah diamanahkan dengan penguasaan ke atas harta iaitu wang RM37,374,612.68 yang diperuntukkan untuk pelaburan pembangunan penjanakuasaan elektrik solar photovoltaic berskala besar berkapasiti 50 megawatt (MW) di Gambang, Pahang.

Dia didakwa telah melakukan pecah amanah jenayah terhadap harta tersebut dengan secara tidak jujur menyalahgunakannya melalui pelbagai pembayaran bagi tujuan selain daripada yang ditetapkan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Affin Bank Berhad Cawangan UiTM Shah Alam, Menara Sultan Abdul Aziz Shah, antara 2 Februari dan 2 Oktober 2017, lapor Sinar Harian.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara dua hingga 20 tahun, sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat