Ismail Sabri dijemput eratkan kerjasama budaya Melayu Indonesia – Malaysia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Majelis Adat Budaya Melayu Indonesia (MABMI) berhasrat untuk mengadakan kerjasama lebih erat dengan Simposium Antarabangsa Aspirasi BahasaMelayu (SAABM) bagi mengukuhkan lagi kedudukan budaya bangsa Melayu.

MABMI menyampaikan hajat untuk menjalin kerjasama itu kepada bekas Perdana Menteri  Datuk Seri Ismail yang merupakan pengasas danpenaung SAABM dalam pertemuan di Kuala Lumpur, malam tadi.

“Pihak MABMI memandang tinggi usaha yang digerakkan olehDatuk Seri Ismail Sabri sewaktu pentadbiran Kerajaan Keluarga Malaysia sehinggahari ini. Kami melihat beliau sebagai seorang pejuang Bahasa Melayu.

“Telah banyak usaha yang dilaksanakan oleh beliau, sepertipenggunaan Bahasa Melayu sewaktu berucap di Perhimpunan Agung PertubuhanBangsa-Bangsa Bersatu Sesi Ke-77 pada 24 September 2022. Perkara tersebutadalah satu sejarah yang membanggakan buat orang Melayu,”. kata Prof DR OKSaidin SH, Ketua Umum Pengurus Besar MABMI.

OK Saidin mengetuai delegasi MABMI melakukan kunjunganhormat Ismail Sabri bagi menyatakan hasrat dan jemputan mereka.

MABMI adalah sebuah lembaga sosiokultural tempat berhimpunnya masyarakat Melayu Indonesia, yang bermatlamat memelihara dan mengembangkan adat serta kebudayaan Melayu bagi masyarakat pendukungnya.

Dalam pertemuan ini, Ismail Sabri turut menghargai usaha MABMI yang ditubuhkan sejak tahun 1971 di Sumatera Utara.

Menurut Ismail Sabri, MABMI telah memainkan peranan yangsangat penting dalam melestarikan budaya Melayu terutama di Medan, Indonesia.

“Usaha mereka ini tidak tertumpu kepada memperkasa budayaMelayu sahaja, malah  merentasi aspekekonomi dan pendidikan” katanya.

Ismail Sabri turut berkongsi aspirasi yang sama dengan MABMIseperti usaha pemerkasaan Bahasa Melayu yang kian terpinggir dalam masyarakat hari ini.

Dalam pertemuan malam semalam, delegasi MABMI terdiri daripada Prof DR OK Saidin SH, Ketua Umum Pengurus Besar, Asro Kamal RokanKetua Pengurus Besar, Datuk Adil Fredy Haberham, Ketua Pengurus Besar, AzrinNaim, Ketua Pengurus Besar dan Faris Saleh Bashel Pengurus Besar.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat