“AFGAN LIVE IN PENANG 2024: Konsert megah penutup tahun yang dinanti peminat”

- Advertisement -

SHAFIQA ESA

Pulau Pinang akan menjadi saksi sebuah persembahan megah apabila penyanyi bersuara merdu, Afgan, dijadualkan mengadakan konsert solo terbesar dalam kariernya di Malaysia. AFGAN LIVE IN PENANG 2024, yang akan berlangsung pada 28 Disember 2024 di Setia Spice Arena, sudah mula menarik perhatian ramai peminat muzik. Selepas bertahun-tahun memikat hati peminat dengan lagu-lagu romantisnya, kali ini Afgan membawa sebuah konsert yang dipenuhi janji untuk memukau dengan kehangatan, karisma, dan karya-karya terbarunya.

Tidak asing lagi bagi peminat Malaysia, Afgan telah membina ikatan yang kuat dengan audiens tempatan sejak debutnya pada tahun 2009. Dari Kuala Lumpur hingga ke kota-kota kecil, pesonanya tidak pernah pudar. Namun, konsert ini menandakan sesuatu yang lebih istimewa. Dengan kapasitinya yang besar dan atmosfer penonton yang tak sabar, AFGAN LIVE IN PENANG 2024 diharapkan menjadi momen ikonik bagi penyanyi asal Indonesia itu.

Bagi Afgan, Malaysia bukan sekadar destinasi untuk menghibur, tetapi seperti “rumah kedua” yang sentiasa menyambutnya dengan tangan terbuka. “Saya tidak pernah merasa jemu datang ke sini. Setiap kali saya tampil di Malaysia, energinya luar biasa. Peminat di sini sentiasa menyambut saya dengan penuh cinta dan semangat,” kata Afgan, yang baru-baru ini melancarkan single Escape bersama penyanyi terkenal, Jessi.

Konsert kali ini juga dijangka memberikan pengalaman unik kepada penonton kerana Afgan bakal mempersembahkan karya terbarunya. “Saya sangat teruja untuk membawakan beberapa lagu baru yang belum pernah saya nyanyikan di Malaysia. Saya harap penonton akan merasakan energi yang sama seperti yang saya rasakan,” tambah Afgan.

Dari kaca mata peminat, Afgan bukan sekadar penyanyi. Suaranya yang gemersik dan lirik yang emosional sering kali menjadi teman setia di kala suka dan duka. Bagi ramai peminatnya, konsert Afgan bukanlah sekadar hiburan tetapi pengalaman yang menyentuh hati. Seorang peminat setia, Aina, berpendapat, “Setiap kali hadir ke konsert Afgan, saya rasa seperti dibawa ke dunia lain. Suaranya, penampilannya, semua sempurna. Saya tak sabar untuk menyaksikan apa yang dia akan tampilkan di Pulau Pinang nanti!”

Harga tiket yang ditawarkan untuk konsert ini cukup berpatutan dengan kategori yang menyesuaikan keperluan pelbagai kelompok peminat, bermula dari RM138 hingga RM388. Ini membuka ruang bagi para penggemar dari pelbagai latar belakang untuk menikmati konsert tersebut. Ramai yang bersedia meluangkan masa dan tenaga demi mendapatkan tiket, yang dijual secara rasmi mulai 1 Oktober 2024 di platform Ticket2u.com.my.

Bagi yang sudah lama merindukan kehadiran Afgan, konsert ini lebih daripada sekadar acara penutup tahun. Ia adalah peluang emas untuk memulakan 2025 dengan penuh kehangatan, semangat dan kenangan indah bersama idola mereka. Sesungguhnya, AFGAN LIVE IN PENANG 2024 bukan hanya sekadar konsert biasa tetapi sebuah perayaan cinta antara Afgan dan para peminatnya di Malaysia.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat