Lelaki Dilaporkan Hilang Ikut Serta Dalam Operasi Cari Diri Sendiri

- Advertisement -

ANKARA – Seorang lelaki di Turki dilaporkan menyertai pasukan penyelamat dalam melakukan pencarian orang hilang.

Selepas berjam-jam mengikut operasi itu, rupa-rupanya individu hilang yang dicari itu adalah dirinya sendiri.

Lapor BBC, Beyhan Mutlu asalnya keluar minum bersama rakan-rakannya Selasa lalu.

Selepas itu, dia berjalan ke dalam hutan di wilayah Bursa.

Disebabkan dia belum pulang keesokan harinya, isteri dan rakan-rakannya membuat laporan mengenai kehilangan Beyhan.

Pihak berkuasa mengerahkan pasukan penyelamat memasuki kawasan hutan dan ketika itu, lelaki itu melihat pasukan tersebut.

Tanpa berfikir panjang, dia memutuskan untuk bergabung dengan pasukan tersebut.

Namun, ketika anggota pasukan penyelamat memanggil namanya, Beyhan terkejut dan menjawab: “Saya di sini”. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat