Adun Positif Covid-19 Sehari Selepas Ujian Awal Dimaklumkan Negatif

- Advertisement -

MELAKA – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Limau, Datuk Amirudin Yusof yang disahkan positif koronavirus (Covid-19) sedang menerima rawatan di Hospital Melaka.

Beliau mengesahkan positif Covid-19 selepas pulang dari Sabah dan mengalami gejala demam.

Menurutnya, selepas keputusan ujian calitan (swab test) terhadapnya positif Covid-19, pasukan kesihatan telah ke rumahnya untuk membawa beliau ke hospital.

“Kira- kira jam 4.30 petang, pasukan perubatan datang ke rumah dan membawa saya ke hospital dengan menaiki ambulans.

“Isteri dan anak saya juga sudah melakukan ‘swab test’ dan menunggu keputusan selain perlu menjalani kuarantin selama 14 hari di rumah,” katanya.

Katanya, dua anaknya juga akan menangguhkan pendaftaran masuk ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Terdahulu, kompleks pentadbiran kerajaan negeri di Seri Negeri Ayer Keroh di sini diarahkan tutup serta-merta semalam selepas beliau datang ke bangunan terbabit kelmarin untuk menyelesaikan beberapa urusan disahkan positif Covid-19 selepas pulang dari Sabah.

Proses sanitasi di bangunan kerajaan itu dilakukan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka.

Amirudin sebelum ini telah hadir ke Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Alor Gajah untuk memotong gelang merah jambu setelah menjalani kuarantin wajib selepas pulang dari Sabah apabila ujian Covid-19 terhadapnya dimaklumkan negatif.

Bagaimanapun sehari selepas itu, beliau dimaklumkan bahawa ujian Covid-19 terhadapnya positif. – Sinar

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat