Mahkamah Perintah Pemandu Langgar Penunggang Motosikal Direman Empat Hari

Mukhriz Tanya Muhyiddin Berani Macam Shafie?

KOTA KINABALU- Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mempersoalkan keberanian Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membubarkan Parlimen. Beliau mencuit 'kejantanan' Muhyiddin selaku Perdana Menteri sama...

“Politik Dah Jadi Caca Marba, Bubar Sajalah Parlimen Biar Rakyat Tentukan”

CYBERJAYA - Kemelut politik terbaru yang tercetus rentetan pengumuman Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa memiliki majoriti untuk membentuk kerajaan perlu ditangani...

Ahli Parlimen PAS Teguh Di Belakang Muhyiddin, Tiada Yang Sokong Anwar – Abdul Hadi

KOTA KINABALU – 18 Ahli Parlimen PAS menegaskan sokongan penuh kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri yang sah menurut Perlembagaan Persekutuan, kata...

PAS Cabar Anwar Buktikan Dakwaan, Senaraikan Nama MP Beri Sokongan

PUTRAJAYA - Pas mencabar Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menamakan Ahli Parlimen yang dikatakan sudah menyokongnya untuk membentuk Kerajaan Persekutuan seperti dinyatakan...

Pemimpin Warisan Diam Diri Enggan Ulas Dakwaan Anwar Miliki Majoriti

KOTA KINABALU - Ahli Parlimen Sabah yang bersekutu dengan Pakatan Harapan (PH) terus berdiam diri atas dakwaan Presiden PKR Anwar Ibrahim mempunyai majoriti untuk...

BENTONG – Pemandu kereta Toyota Camry yang membelok ke lorong kecemasan dan melanggar sebuah motosikal di Kilometer 56.4 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak ditahan reman empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan polis.

Perintah tahanan reman terhadap lelaki berusia 37 itu dikeluarkan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi kira-kira pukul 10.45 pagi.

Ketua Polis daerah, Superintendan Yusof Unis berkata, perintah tahanan reman itu bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

“Siasatan dilakukan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya di sini semalam.

Kelmarin, tular dalam laman media sosial kejadian sebuah kereta yang memotong di laluan kecemasan dan melanggar sebuah motosikal sebelum melarikan diri.

Pemandu kereta berkenaan ditahan selepas datang ke Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Gombak, Selangor untuk membuat laporan polis, kelmarin.

Yusof berkata, siasatan awal mendapati kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu berlaku ketika pemandu kereta dan motosikal menuju ke arah Kuala Lumpur.

“Apabila tiba di tempat kejadian, pemandu kereta di lorong kiri mengubah haluan ke lorong kecemasan untuk memotong kenderaan hadapan dan motosikal dari lorong kecemasan cuba mengelak lalu terbabas jatuh ke tebing kiri jalan.

“Pemandu kereta tidak memberhentikan kenderaan dan lari dari tempat kejadian manakala mangsa mendapat rawatan di Hospital Bentong,” katanya. – Utusan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan