Bersatu patut ‘pinjam’ Annuar Musa- Puad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Puad Zarkashi membidas tindakan Bersatu yang meminjam calon PAS dengan alasan mengikut citarasa pengundi.

Kata Puad, tindakan Bersatu itu jelas mengarut sekali gus mendakwa Bersatu hanya ikut telunjuk PAS.

“Memang mengarut bila Kamaruddin Mohd Nor Ketua Bersatu Kelantan kata, tujuan pinjam ahli PAS jadi calon Bersatu ialah untuk penuhi citarasa pengundi.

“Itu bukan ikut citarasa pengundi tapi citarasa PAS,” bidas Puad.

Menurut Puad, Bersatu jadi parti ciplak kerana ikut telunjuk PAS dan sebab itu terikut ikut buat sumpah laknat.

“Bersatu dari awal lagi tiada keaslian.

“Pemimpin utamanya asal dari Umno. Nama, warna dan dasar parti semua ditiru daripada Umno.

“Calon pun pinjam daripada PAS. Patut pinjam (Tan Sri) Annuar Musa,” ujar Speaker DUN Johor itu.

Sebelum ini, Ketua Bersatu Kelantan, Kamaruddin Md Noor dilaporkan berkata, pemilihan bekas ahli Pas, Mohd. Rizwadi Ismail sebagai calon yang mewakili Perikatan Nasional (PN) pada PRK DUN Nenggiri dibuat untuk menepati ‘citarasa’ pengundi.

Katanya, tidak timbul soal ketandusan calon seperti didakwa Umno sehingga Bersatu terpaksa ‘mengimport’ Mohd. Rizwadi yang menyertai parti itu dua hari sebelum diumum sebagai calon yang mewakili PN.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat