Harga ayam turun, kini RM6.90 sekilogram

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Harga ayam di Semenanjung turun mendadak sehingga mencecah RM6.90 sekilogram sejak minggu lalu selepas permintaan bagi ternakan tersebut berkurangan selepas Hari Raya Aidiladha.

Sebelum ini, harga ayam menjadi isu apabila sentiasa naik sehingga mencecah RM10.33 sekilogram sejak Mac lalu melepasi harga siling RM9.40 sekilogram.

Penasihat Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Ma­laysia (FLFAM), Datuk Jeffrey Ng berkata, pengguna di kalangan umat Islam rata-rata mempunyai bekalan daging korban yang diterima, sekali gus menyebabkan trend pembelian ayam menurun.

Jelas beliau, pengeluaran bekalan harian yang diperlukan negara iaitu 2.2 juta ekor sehari menurun hampir 50 peratus pada minggu pertama perayaan dan menyebabkan lambakan ternakan di dalam ladang.

“Sejak hujung Jun lalu permintaan ayam menurun dan kita lihat ia adalah kesan daripada sambutan Aidiladha, umat Islam tidak membeli ayam, sebaliknya menghabiskan bekalan daging korban yang diagihkan.

“Disebabkan itu berlaku lambakan ayam di ladang dan para penternak cuba mengurangkan kerugian dengan menawarkan harga borong yang rendah kepada peniaga ayam,” katanya lapor Kosmo! di Melaka pada Selasa.

Kata Jeffrey, kadar penurunan tersebut merupakan kos kerugian yang terpaksa ditanggung oleh penternak dan situasi itu dijangka berterusan sehingga hujung bulan ini.

“Kalau kita biar ayam-ayam ini di dalam ladang, kos kerugian adalah lebih tinggi kerana mereka perlu diberikan makanan pada setiap hari dan bila ayam menjadi semakin besar, ia susah untuk dijual.

“Seperti syarikat saya, pengeluaran ayam menjunam daripada 200,000 ekor sehari kepada hanya 100,000 sehari selepas perayaan Aidiladha dan jumlah permintaan berubah-ubah pada setiap hari, sukar untuk kita tentukan jumlah peratusan penurunan di seluruh negara,” katanya.

Tambahnya, kini para penternak menanggung kerugian sekitar RM4 bagi seekor ayam.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat