PM jumpa MIC bagi merungkai sebarang salah faham

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri akan mengadakan pertemuan dengan Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran hari ini bagi merungkai sebarang salah faham mengenai rundingan kerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) enam negeri.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pertemuan bersama Vigneswaran itu akan turut disertai oleh wakil ketua-ketua MIC seluruh negara bagi mengelak salah faham timbul.

“Supaya jangan mereka salah faham. (Kita) kerja sebagai satu pasukan. Dalam DAP ada India, dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) ramai India. MIC pun ada.

“Umno ramai Melayu, PKR pun ramai. Saudara, masa ini kita fikir selamatkan negara dan selamatkan rakyat,” katanya ketika berucap dalam satu ceramah umum di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Padang, di Jempol malam tadi.

Lapor Harian Metro dalam ceramahnya itu, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) mendakwa, wujud usaha untuk melagakan mereka dan Barisan Nasional (BN).

Selain itu, dakwanya, wujud juga usaha untuk melagakan dirinya dan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Bagaimanapun katanya, usaha itu tidak akan berhasil kerana semangat perpaduan PH dan BN adalah kukuh.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat