Langgar SOP, 134 Ditahan Pada Hari Pertama Aidiladha

KKM Jangka PKP Hanya 4 Minggu

CYBERJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan selama empat minggu sahaja. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham...

3,048 Kes Baru Covid-19 Hari Ini, PKP Dijangka 4 Minggu Sahaja – Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan selama empat minggu sahaja. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor...

Rasuah RM2 Juta: Rayuan Ku Nan terhadap sabitan dan hukuman didengar 22 April

KUALA LUMPUR: Rayuan bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 bulan serta denda RM2 juta...

Akibat isu peribadi, Shuk digantung sementara bertugas di Hot FM

CYBERJAYA: Ekoran dari tular di media sosial masalah peribadi yang dihadapi oleh pelawak Shuk Sahar, pengurusan Hot FM menggantung sementara tugas di solt Geng...

Pandang Pertama Samsung Galaxy S21 Ultra, Rekaan Yang Lebih Kemas, Kompak Dan Premium

Setelah pelbagai ura-ura tertiris sepanjang 2020, akhirnya Samsung pada 14 Januari lalu telah melancarkan peranti flagship terbaru mereka menerusi siri Galaxy S-series. Siri flagship yang mulai diperkenalkan sejak...

Cyberjaya – Polis menahan lebih 100 individu kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) pada hari pertama Aidiladha semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, antara kesalahan yang dilakukan ialah hadir di pusat urut dan majlis keramaian yang melibatkan jumlah kehadiran yang ramai sehingga menyukarkan penjarakan fizikal.

“Semalam polis menahan 134 individu atas kesalahan ingkar arahan PKP. Daripada jumlah itu, seramai 19 individu direman, manakala 22 individu dijamin. Seramai itu, 93 individu dikenakan kompaun.

“Antara kesalahan ialah ingkar arahan PKP, termasuk aktiviti di pusat urut tanpa lesen 12 orang; aktiviti yang tidak mengikuti SOP 33 orang; aktiviti dengan melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan fizikal 88 orang dan melanggar perintah pengawasan di rumah 1 orang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, polis juga membuat pemantauan SOP solat Jumaat di 2,294 masjid yang melibatkan 283,355 jemaah dan kesemua didapati mengikuti SOP yang ditetapkan serta mengikut saiz keluasan masjid.

Dalam perkembangan sama, 3,384 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara menjalani kuarantin di stesen khas yang disediakan oleh kerajaan sejak ia dilaksanakan semula bermula 24 Julai.

“Bermula 24 Julai 2020, kerajaan memutuskan semua rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara dan warganegara asing yang dibenarkan masuk ke Malaysia perlu menjalani perintah kuarantin wajib 14 hari di stesen kuarantin yang ditetapkan.

“Sejak 24 Julai sehingga 31 Julai 2020, seramai 3,384 individu pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dan kesemua ditempatkan di 14 Hotel dan 5 Institut Latihan Awam (ILA) di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Sarawak, Selangor dan Johor.

“Daripada jumlah itu, seramai 13 individu dihantar ke hospital untuk rawatan.

“Mereka pulang dari 23 negara iaitu Filipina, Thailand, Indonesia, Kemboja, Singapura, Vietnam, Brunei, Qatar, Pakistan, Arab Saudi, Hong Kong, India, UAE, Jepun, Turki, Korea Selatan, Iran, Bangladesh, Taiwan, China, United Kingdom, Belanda dan Australia,” katanya.

Katanya, polis melakukan 2,271 pemeriksaan ke atas individu yang sedang menjalani kuarantin wajib 14 hari di kediaman masing-masing.

“Polis bersama petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan sentiasa membuat pemeriksaan dan pemantauan ke atas individu tebabit bagi memastikan SOP dipatuhi.

Dari 27 sehingga 31 Julai 2020, polis mengambil tindakan terhadap 6 individu kerana gagal mematuhi SOP ‘home quarantine’ yang ditetapkan,” katanya.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

YBR Tampil Membantu Anak Kehilangan Bapa Akibat Pandemik Covid-19

CYBERJAYA - Kisah sedih seorang anak yang kehilangan bapa akibat pandemik Covid-19 telah menarik perhatian Yayasan Bank Rakyat untuk tampil meringankan beban Mohamad Nor...

Polis Tahan Ahli Armada Bersatu, Rampas 1.5 Kilogram Dadah

KUALA LUMPUR – Seorang ahli biro Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang disyaki mengedar dadah yang diproses sendiri di rumah berjaya dicekup oleh polis. Suspek...

‘Doakan Saya Masuk Syurga,’ Undang Rasa Sebak Pengerusi PIBG

KUALA LUMPUR - "Doakan saya masuk syurga." Demikian ayat ditinggalkan seorang pemuda yang juga penyumbang dana bagi pembinaan surau di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri...

Berita Berkaitan

KKM Jangka PKP Hanya 4 Minggu

CYBERJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan selama empat minggu sahaja. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham...

3,048 Kes Baru Covid-19 Hari Ini, PKP Dijangka 4 Minggu Sahaja – Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan selama empat minggu sahaja. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor...

Rasuah RM2 Juta: Rayuan Ku Nan terhadap sabitan dan hukuman didengar 22 April

KUALA LUMPUR: Rayuan bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 bulan serta denda RM2 juta...