“Untuk peruntukan pembangkang tunggu saya berlari dulu” – Fadillah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berseloroh ketika ditanya mengenai status peruntukan untuk Ahli Parlimen pembangkang.

Ketika menjawab pertanyaan pemberita, beliau cuma memberi maklum balas ‘untuk peruntukan tunggu saya berlari (terlebih) dulu.”

Selepas itu, tiada ulasan lanjut oleh Fadillah mengenai status peruntukan diminta Ahli Parlimen pembangkang, lapor BH di Dewan Rakyat pada Isnin.

Pagi tadi, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mendakwa wakil rakyat pembangkang termasuk dirinya masih lagi berdepan diskriminasi untuk memperoleh peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan.

Susulan itu, bekas Menteri Belia dan Sukan itu memulakan inisiatif ‘Langkah Muar’ dengan membuat larian sejauh 200 kilometer untuk mengumpul dana bagi kawasan Parlimennya.

Syed Saddiq memulakan ‘Langkah Muar’ pada Jumaat lalu sebagai tanda protes terhadap kerajaan berikutan menafikan peruntukan bagi Parlimen pembangkang.

Beliau memulakan larian dari Muar bermula Jumaat lalu dan tiba di bangunan Parlimen di sini, kira-kira jam 9.30 pagi tadi.

Menerusi inisiatif berkenaan, beliau berjaya meraih kutipan dana berjumlah RM160, 000 .

Syed Saddiq juga berharap apa yang dilakukannya dapat membuka mata semua pihak tidak kira kawasan Parlimen, berhubung isu diskriminasi peruntukan Ahli Parlimen pembangkang yang masih berlarutan sehingga kini.

“Usaha kecil ini saya mulakan di Muar. Jangan guna lagi alasan rundingan itu, rundingan ini kerana rundingan sudah berlaku berkali-kali, bukan sekali dua bahkan sudah hantar surat tiga kali.

“Ini bukan soal rundingan tetapi soal politik balas dendam sehingga menghukum rakyat susah di kawasan pembangkang. Perkara ini salah dan kena tentang bersama,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat