Sering dihentam, Fahmi tak cepat koyak

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tugas sebagai jurucakap bagi Kerajaan Perpaduan untuk berhadapan media sejak 31 Januari 2023 sudah pasti meletakkan Fahmi Fadzil sentiasa dalam tekanan memandangkan banyak isu yang disuarakan di pelbagai platform perlu mendapatkan kepastian beliau untuk pengesahan.

Namun, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi sentiasa tenang dan tidak lekang senyuman walaupun sering diasak dengan pelbagai kritikan terutamanya di media sosial.

Memetik laporan Utusan, beliau yang antara menteri termuda dalam barisan Kabinet menjelaskan segala persoalan sama ada melibatkan portfolionya mahupun peranannya sebagai jurucakap kepada kerajaan.

“Saya tak terasa (dihentam) kerana ia adalah tanggungjawab, saya tak anggap sebagai serangan peribadi, jangan cepat koyak!”

“Ia asam garam dan sebagai jurucakap memang berdepan dengan pelbagai pandangan, kritikan, ia bukan luar dari jangkaan. Saya tahu dan sudah jangkakan perkara ini apabila diberi tanggungjawab ini. Sejak Kementerian Komunikasi dan Digital dipisahkan, peranan saya adalah untuk meyakinkan sebanyak mungkin dengan cara yang paling mudah supaya boleh difahami oleh seramai mungkin.

“Kalau dalam satu-satu masa apabila kita keluarkan kenyataan atau mesej, tidak semestinya orang akan duduk diam terutamanya orang yang mahu ‘menembak’, mengkritik. Cuma isunya jika kritikan itu tidak berasaskan fakta seperti isu MAHB (Malaysia Airport Holdings Berhad). Dia mahu menimbulkan persepsi, politik adalah politik tetapi ekonomi negara itu kita perlu faham juga. Mungkin itulah cabaran.

“Tugas saya sebagai jurucakap ini memang perlu ke depan dan sampaikan tetapi maklumat itu perlu ada. Bila maklumat itu ada, senang,” ujarnya dalam laporan akhbar itu.

Menurut Fahmi lagi, macam isu BlackRock, ia di bawah Khazanah (Khazanah Nasional Berhad) dan bukan (agensi) di bawah (kementerian) beliau.

“Jadi kita perlu berusaha untuk dapatkan maklumat dan kadang-kadang usaha itu turut melibatkan pelbagai agensi dan jabatan.

“Walau apa pun, tempat terbaik untuk mendapatkan jawapan bagi setiap soalan adalah di Parlimen. Saya kesal ramai yang mengkritik terutama dalam kalangan pemimpin pembangkang, dia ada peluang untuk bertanya soalan tetapi tidak hadirkan diri untuk tanya terus kepada PM (Perdana Menteri) pada waktu itu tetapi serahkan kepada anak buah yang level rendah.

“Biasanya dalam konsep Parlimen Westminster akan ada sesi ketua pembangkang tanya terus dan akan asak tetapi benda ini tidak berlaku di sini pada hari 25 Jun lalu.

Menurut beliau, ada beberapa perkara kita tidak boleh berkompromi seperti hasutan, perkauman sempit, keterlaluan, ekstremis dan 3R (raja, agama dan kaum).

“Kita ada hak untuk bersuara tetapi bukan kebebasan untuk memfitnah atau menghasut. Ini salah satu tugas saya untuk pastikan internet aman damai. Ini paling susah.

“Kadang-kadang orang akan muat naik status, macam-macam komen.

“Mereka ingat komen ini sekadar pakai buang tapi realitinya orang akan tengok dan merasa okey lah, bolehlah kita caci maki tetapi benda itu boleh effect adab kita sebagai orang Melayu,” katanya.

Mengulas isu sekatan hak rakyat bersuara pula, Fahmi menegaskan beliau adalah seorang reformis.

“Saya seorang reformis, saya dulu seorang yang berjuang hak untuk rakyat bersuara, saya dari kecil dari umur 18 tahun, saya jadi Pengarah Komunikasi Keadilan, saya lah Pengarah Komunikasi PKR pertama yang menarik balik sekatan terhadap Utusan dan TV3 daripada membuat liputan sidang akhbar PKR.

“Kalau tengok susur galur sejarah perjuangan saya sendiri sebagai ahli politik, tidaklah saya mengambil sesiapa punya hak bersuara.

“Realitinya, siapa-siapa masih boleh bersuara, tidak ada masalah, isu kita kalau dia ekstremisme, keterlaluan, kita sudah nampak baru-baru ini ada lapan orang ditahan di bawah SOSMA, ada beberapa perkara jadi isu keselamatan.

“Isu keharmonian bila saya angkat sumpah depan Agong saya berjanji untuk pertahankan Perlembagaan yang di dalamnya sudah termaktub hak bersuara. Itu janji saya depan Agong,” kata Fahmi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat