Azizi akan pertahan Parlimen Gua Musang, cuba yakinkan PH-BN beliau paling layak

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim, akan mempertahankan kerusi disandangnya sekarang jika keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul kelak tidak berpihak kepadanya, hingga perlu mengosongkan kerusi Parlimen berkenaan.

Azizi adalah seorang daripada enam Ahli Parlimen Bersatu yang digugurkan keahlian serta-merta kerana gagal memberi sebarang jawapan berkaitan surat arahan bertulis Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) untuk menzahirkan ikrar taat setia kepada parti itu.

Mereka sebelum ini juga pernah menyatakan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bercakap pada sidang media di Dewan Rakyat hari ini, Azizi berkata, beliau akan cuba meyakinkan kepimpinan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bahawa beliau calon paling layak bertanding, sekali gus mempertahan kerusi Parlimen Gua Musang yang disandangnya ketika ini.

Katanya, dia sudah memulakan kerja untuk memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan sebelum ini sejak 2020 lagi dan adalah tidak adil jika kerusi itu diberikan kepada orang lain sekiranya diisytihar kosong oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat.

“Ya memang saya akan minta kepada pimpinan parti (PH-BN) untuk memberi peluang kepada saya di Gua Musang (jika ada pilihan raya). Saya bertanding sebelum ini pun atas tiket Perikatan Nasional (PN) yang pada hakikatnya bukan satu (kerusi) sasaran pada peringkat PN sendiri

“Sebenarnya kita (PN) tak beri apa-apa fasiliti sebab katanya bertanding di Gua Musang bukan sasaran parti (untuk menang). Sebabnya, kita (PN) tak ada sejarah (menang di kerusi itu), maksudnya kekebalan (bekas Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah). Mereka (PN) sebenarnya tak sasarkan saya (menang), tetapi dua tahun lalu, saya bergelut membuat aktiviti terutama untuk tarik pengundi muda untuk menang.

“Saya bekerja sejak 2020, ketika itu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jadi, kenapa saya nak biarkan kerusi itu kepada orang lain jika berlaku pilihan raya. Insya-Allah saya akan guna alasan ini untuk saya jumpa pimpinan PH-BN untuk memberi peluang saya bertanding pada pilihan raya nanti,” katanya.

Baru-baru ini, Johari mengesahkan sudah menerima notis untuk mengosongkan kerusi enam Ahli Parlimen Bersatu.

Susulan itu, Johari berkata, keputusan berhubung kedudukan mereka akan diputuskan dalam tempoh 21 hari.

Sebelum ini, Ketua Whip Bersatu, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, mengemukakan notis kepada Johari, meminta enam kerusi Parlimen disandang wakil rakyatnya dikosongkan.

Bersatu mendakwa keahlian Ahli Parlimen berkenaan digugurkan selepas surat arahan daripada parti itu diberi kepada semua wakil rakyatnya sebelum ini, bagi mereka menzahirkan pendirian berkaitan kesetiaan terhadap parti, yang dibuat susulan pindaan ke atas Fasal 10 dalam Perlembagaan Bersatu yang sudah pun diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat