TH Terima Anugerah Labbaitom Kali Kedua Berturut-turut

- Advertisement -

MEKAH – Tabung Haji (TH) terus diiktiraf di peringkat antarabangsa di atas kecemerlangan memberi perkhidmatan kepada jemaah apabila menggondol buat kali kedua berturut-turut Anugerah Labbaitom daripada kerajaan Arab Saudi.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, anugerah bagi kategori kepuasan tertinggi dan perkhidmatan terbaik pejabat urusan haji diterima dengan disaksikan oleh wakil dari pelbagai negara dalam satu majlis kesyukuran di sini semalam.

Katanya, ia membuktikan sistem dan kecekapan pengurusan jemaah haji Malaysia sentiasa diiktiraf sebagai model terbaik di dunia dan merupakan model pengurusan haji yang sering menjadi contoh kepada masyarakat antarabangsa.

“Antara kriteria dan spesifikasi untuk anugerah ini adalah penerapan teknologi untuk menyelaraskan perkhidmatan yang diberikan kepada jemaah haji, persediaan ibadat dan kursus-kursus haji.

“Selain itu, ia juga mengambil kira peratusan kadar kepuasan jemaah haji dengan perkhidmatan yang ditawarkan, penilaian perkhidmatan yang disediakan sepanjang musim haji serta penilaian persediaan urusan pra-musim haji,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Anugerah itu disampaikan oleh Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr. Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pengerusi TH, Tan Sri Azman Mokhtar, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Tuan Syed Hamadah Syed Othman serta Ketua Rombongan Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.

Menurut Mohd. Na’im, kesemuanya itu dapat dilakukan melalui kesiapsiagaan TH dalam aspek pengurusan haji dari segi penyediaan prasarana penginapan, pejabat perkhidmatan maktab, khidmat pelanggan, kesihatan, aplikasi THhujjaj, petugas dan pembimbing ibadat.

Februari lalu, TH telah memenangi anugerah sama bagi kategori Perkhidmatan dan Program Bimbingan Haji Terbaik dalam dunia Islam. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat