Sarung Tangan Canggih Tukar Bahasa Isyarat Jadi Suara

- Advertisement -

AMERIKA SYARIKAT: Masalah interaksi antara orang cacat pendengaran dengan masyarakat di sekeliling mereka, dijangka berubah jika sarung tangan berteknologi tinggi yang sedang diusahakan sekumpulan penyelidik di UCLA ini, berhasil.

Sarung tangan itu mampu mengubah bahasa isyarat menjadi suara dan ini membolehkan OKU pendengaran berinteraksi tanpa penterjemah.

Peranti berkenaan mengandungi sensor yang berfungsi di sepanjang empat jari dan ibu jari untuk mengenal pasti setiap perkataan, frasa atau huruf kerana ia direka berdasarkan standard Bahasa Isyarat Amerika.

Para saintis di UCLA – di mana projek itu dibangunkan percaya, inovasi itu dapat memungkinkan komunikasi yang lebih mudah bagi orang pekak. “Harapan kami adalah bahawa ini membuka jalan mudah bagi orang yang menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi secara langsung dengan orang normal lain tanpa memerlukan penterjemah,” kata penyelidik utama Jun Chen.

“Selain itu, kami berharap dapat membantu lebih banyak orang belajar bahasa isyarat sendiri,” tambahnya. Penyelidikan ini diterbitkan dalam jurnal Nature Electronics.

Antara 100,000 dan 1 juta orang dianggarkan menggunakan Bahasa Isyarat Amerika di Amerika Syarikat.

Sarung tangan itu bagaimanapun tidak menerjemahkan Bahasa Isyarat British, satu lagi standard bahasa isyarat dominan dunia, yang digunakan oleh kira-kira 151,000 orang dewasa di UK, menurut Persatuan Pekak Inggeris – CNN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat