Akmal Saleh Cabar Syahredzan Usul Keluarkan BN Jika Mahu Singkir MCA

- Advertisement -

Cyberjaya – Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh memberi reaksi keras terhadap kenyataan Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan, yang mencadangkan agar MCA keluar sahaja daripada Kerajaan Perpaduan.

Dalam satu kenyataan di media sosial, Akmal menyifatkan serangan terhadap MCA sebagai serangan terhadap keseluruhan Barisan Nasional (BN), sambil mencabar Syahredzan untuk mengemukakan usul bagi menyingkirkan BN secara keseluruhan daripada kerajaan jika benar mahu menolak kehadiran komponen itu.

“Kami datang dalam sebuah pasukan Barisan Nasional. Maka jika mahu nyah seorang dari keluarga kami, maka saya cabar YB Bangi untuk buat usul kepada Kerajaan Perpaduan untuk keluarkan BN semua sekali dari kerajaan ini!” tegas Akmal.

Beliau turut menyelar kenyataan Syahredzan sebagai tidak matang, dan menuduh Ahli Parlimen DAP itu bersikap angkuh apabila ditegur.

“Bila kena tegur, meroyan tuduh orang sana sini. Jawab pun dengan angkuh. Saya tunggu YB Bangi berani atau tidak sahut cabaran saya tu.” tambahnya.

Teguran Akmal adalah sebagai reaksi terhadap kenyataan Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Syahredzan Johan, yang menyifatkan lebih baik MCA berundur daripada Kerajaan Perpaduan susulan sikap pemimpinnya, khususnya Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Menurut Syahredzan, Ka Siong berterusan menyerang kerajaan dengan fakta yang dianggap “salah dan separuh masak”, termasuk berkaitan isu pemansuhan subsidi tong gas LPG.

Beliau menyelar kenyataan Ka Siong yang mendakwa harga LPG melonjak daripada RM26 kepada RM70, walhal pemansuhan subsidi tersebut adalah keputusan pentadbiran terdahulu ketika Ka Siong sendiri berada dalam kabinet.

“Aik? Sebelum ini dia (Ka Siong) sendiri yang tulis status berbunyi ‘LPG: DARI RM26 KEPADA RM70’. Memberi gambaran bahawa ini peraturan baru, dan subsidi LPG sudah ditarik. Sekarang alih tiang gol, kata isunya pelaksanaan pula. Semalam lain, hari ini lain,” kata Syahredzan dalam satu kenyataan di Facebook.

Beliau turut mempersoalkan keikhlasan MCA dalam kerajaan apabila terus-menerus mengkritik dasar Kerajaan Madani.

“Kalau asyik menyerang Kerajaan MADANI dengan ‘half-truths’ dan fakta yang salah, sudah terang lagi bersuluh MCA tidak ikhlas bersama dengan kerajaan ini. Ada baiknya mereka nyah sahaja dari kerajaan ini,” tegasnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat