Pratonton ‘The Next Supermokh’ memberi penghormatan buat Allahyarham Mohd Azraai Khor Abdullah.

- Advertisement -

Hari ini, bertempat di House Of Sang Kenari di Alor Star menjadi saksi kepada majlis pra-tonton program realiti bola sepak `The Next Supermokh’, di mana atmosfera penuh keterujaan dan sedih menyelubungi hadirin apabila semua mata tertumpu pada watak utama dalam program ini, ketua jurulatih yang kini telah tiada, Allahyarham Mohd Azraai Khor Abdullah.

Majlis pra-tonton episod pertama `The Next Supermokh’ menjadi sebuah penghormatan terakhir kepada Allahyarham Mohd Azraai, mengingat sumbangan dan jasa beliau dalam program tersebut. Pasukan pengurusan dan jurulatih program, bersama dengan keluarga, balu, sahabat rapat Allahyarham, dan peminat bola sepak negeri Kedah, turut memenuhi majlis tersebut.

`The Next Supermokh’ adalah program realiti bola sepak pertama di RTM, dengan durasi 60 minit setiap episod untuk 13 episod, yang akan disiarkan mulai 1 Jun 2024, setiap Sabtu jam 4 petang, dengan ulangan pada Khamis jam 9.00 malam.

Program yang berakhir pada Mac 2023 di Thailand ini dipimpin oleh Allahyarham Mohd Azraai Khor Abdullah, menjadi capaian terakhir yang sangat berharga dalam usaha beliau untuk mencungkil bakat-bakat muda bola sepak di seluruh negara.

 

Majlis hari ini dimulakan dengan bacaan tahlil untuk Allahyarham yang telah meninggal dunia pada awal Februari. Kemudian, tayangan episod pertama program `The Next Supermokh’ menutupi layar RTM. Wajah dan ingatan tentang Allahyarham yang muncul di layar menimbulkan kesedihan di kalangan hadirin.

Keluarga dan rakan rapat Allahyarham turut terlihat memancarkan air mata. Pengarah Teknikal Kedah Darul Aman FC, Nelson San Martin, yang pernah bekerja rapat dengan Allahyarham Azraai semasa kemenangan ganda pada 2007 & 2008, turut hadir bersama keluarganya, turut terkesan melihat wajah Allahyarham di layar.

Turut serta dalam majlis ini adalah barisan jurulatih yang terlibat dalam program pencarian bakat ini pada tahun sebelumnya. Mereka termasuklah jurulatih penjaga gol, Ahmad Sobri Ismail, penolong jurulatih, Raja Shaharul Amri Raja Adzhar, Pengarah Teknikal, Haji Mohd Fuad Abdullah, dan Pengarah Program, Dato’ Jasni Shafie.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat