Seorang pendaki meninggal dunia, seorang lagi alami ‘frostbite’ – Kelab Jelajah Alpine Malaysia

- Advertisement -

CYBERJAYA – Kelab Jelajah Alpine Malaysia hari ini berkongsi perkembangan terkini berkaitan peserta Ekspedisi Denali anjurannya, yang terkandas ketika mendaki Gunung Denali, Alaska, di benua Amerika Utara.

Berikut adalah kenyataan Kelab Jelajah Alpine Malaysia;

“Seperti dimaklumkan sebelum ini dua pendaki iaitu Zainudin Lot dan Zulkifli Yusuf terkandas di ketinggian 19700 kaki di Gunung Denali, Alaska iaitu Gunung tertinggi di benua Amerika Utara , sejak Selasa lepas .

“Pihak penyelamat telah membuat beberapa percubaan untuk mengeluarkan mereka menggunakan helikopter namun tidak berjaya kerana faktor cuaca yang berkabus dan angin kencang.

“Pada jam 6pagi hari Jumaat 31 May 2024 (waktu tempatan) akhirnya pihak penyelamat berjaya mengeluarkan salah satu pendaki iaitu Zainudin Lot dan kini sedang dirawat di sebuah hospital di Talkeetna, Alaska. Keadaan beliau stabil dan mengalami frostbite di kedua belah tangan.

“Manakala itu, dukacita kami maklumkan bahawa Zulkifli Yusuf telah disahkan meninggal pada 6 pagi hari Rabu 29 May 2024 (waktu tempatan) semasa berlindung di “snow cave” di kawasan dikenali sebagai “Football field” di ketinggian 19700kaki dari aras laut.

“Punca kematian disyaki akibat High Altitud Cerebral Edema dan Hyporthermia dan akan disahkan melalui post mortem.

“Jenazah kini masih berada di tempat kejadian dan proses mengeluarkan jenazah mungkin mengambil masa untuk menunggu cuaca baik.

“Manakala seorang lagi pendaki, Illaham Ishak telah diselamatkan beberapa hari lepas dan kini di rawat di hospital di Anchorage Alaska dan terkena frostbite di tangan dan kaki

“Pihak konsular Malaysia di Los Angeles telah dimaklumkan dan mereka akan membantu mangsa untuk proses seterusnya. Pihak keluarga juga telah dimaklumkan dan kami ingin ucapkan takziah dan mohon rakyat Malaysia mendoakan mangsa.”

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat