Oleh: Zihan Zari
KUALA LUMPUR – Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL 2024) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) masih berlangsung dan akan melabuhkan tirainya pada 2 Jun ini, namun pengunjung masih berpeluang membeli buku-buku dengan tawaran diskaun menarik.
Pengarah Urusan Syahida Hassan Enterprise (SHE), Nurul Syahida Hassan berkata, diskaun menarik itu ditawarkan untuk semua jenis buku buat orang ramai dan pelajar yang berkunjung ke reruai Rak Buku SHE di Lot 059 (L059) di sini.
Katanya, sepertimana yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis.
Pemberian baucar buku bernilai RM100 kepada murid sekolah rendah bermula Tahun 4, pelajar sekolah menengah dan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) pembelian buku di sini boleh menggunakan e-baucer buku melalui book capital: Syahida Hassan Enterprise.
Tambah Nurul Syahida, antara buku yang dijual oleh SHE ialah, travelog, novel, cerpen, puisi, panduan, buku ilustrasi dan komik.
“Permintaan sepanjang pesta buku tersebut amat menggalakkan dan harga istimewa yang ditawarkan sangat berbaloi dan murah,” katanya.
Orang ramai yang berminat boleh berkunjung di PBAKL 2024 reruai Rak Buku SHE L059 atau berhubung dengan SHE melalui emel : [email protected] dan di talian 018-3280829 serta di laman sosial FB, Tiktok, IG:Rak Buku Nurul Syahida. – Suara.TV