Pembangkang Tak Cukup Kuat Nak Guling Kerajaan Perpaduan – Ahmad Fayhsal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menegaskan bahawa Perikatan Nasional (PN) buat masa ini tidak ada kekuatan menggerakkan Langkah Sheraton 2.0 untuk menggulingkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Machang itu mengakui pembangkang tidak memiliki kekuatan untuk menumbangkan kerajaan sedia ada seperti yang ditakuti Perdana Menteri.

“(Langkah Sheraton 2.0) itu tidak betul, kita komited untuk memastikan pembangkang menyemak imbang kerajaan pada hari ini.

“Macam mana kita nak buat Langkah Sheraton 2.0, minggu lepas bila buat undian di Parlimen kita kalah.

“…jadi pembangkang tidak ada kekuatan seperti yang ditakuti oleh Perdana Menteri sendiri,” jelas beliau ketika menjadi tetamu jemputan di podcast Keluar Sekejap pada Khamis.

Dalam perkembangan lain, Wan Ahmad Fayhsal menilai Kerajaan Perpaduan sebagai ‘teruk’ malah beliau mendakwa Anwar tidak mentadbir negara sebaliknya lebih sibuk berkempen.

“Sebab kalau kita lihat sangat sukar untuk kita nampak beliau menjelaskan perkara dasar hala tuju negara secara jelas. Dalam ceramah-ceramah umum beliau lebih kepada retorik macam mana Tun Dr Mahathir Mohamad kritik beliau.

“Sebab itulah ekonomi negara kita terumbang ambing ketika ini, jadi saya nampak inilah masalah kerajaan yang ada pada hari ini sebab itulah kami di peringkat pembangkang (PN) kita sentiasa memainkan isu-isu pokok tentang KWSP, kita mendengar keluhan rakyat dan kita meminta kalau tak mahu beri KWSP apa alternatif? Tapi itu tidak jelas daripada menteri kewangan sendiri.

“Kalau kita lihat beliau jarang berada di pejabat sentiasa berada di luar dengan majlis-majlis dan sepatutnya sebagai Perdana Menteri ‘hands-on’ dengan isu-isu besar kewangan.

“Sepatutnya kalau tak mampu bagilah jawatan Menteri Kewangan kedua kepada orang lain, Datuk Seri Johari Abdul Ghani pun okey,” cadang beliau yang bersetuju dengan Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Sementara itu, Wan Ahmad Fayhsal mengakui beliau nampak keikhlasan Anwar dalam membuat reformasi dalam tadbir urus tatakelola kerajaan.

“Ya ,saya nampak ada keikhlasan daripada beliau untuk melakukan reformasi dalam tatakelola dalam kerajaan hari ini tapi pada masa sama masih hipokrasi.

“Kita boleh nampak tentang pelaksanaanya khususnya pelantikan aktor-aktor politik dalam agensi kerajaan, GLC atau badan berkanun kerana janji mereka sebelum ini ialah untuk tidak melakukan sebegitu ketika mereka mengkritik Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Bagi saya janganlah hipokrit tapi selebihnya saya nampak usaha itu ada tapi belum nampak perubahan,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat