Ariel sempat ‘jatuh cinta’ dengan BCL

- Advertisement -

Jakarta: Penyanyi Ariel Noah yang bergandingan dengan Bunga Citra Lestari atau BCL menerusi lagu Mencari Cinta mengakui sempat ‘jatuh cinta’ ketika menjalani penggambaran muzik video lagu itu.

Ketika itu memang ada babak dia dipeluk BCL.

Perkara ini terbongkar apabila Ariel yang juga penyanyi kumpulan Noah menjadi tetamu program The Sultan SCTV, baru-baru ini.

Ariel atau nama sebenarnya Nazril Irham menceritakan pengalaman sebagai penyanyi yang beberapa kali berduet dengan penyanyi wanita cantik kepada hos program ini, Andre Taulany dan Raffi Ahmad. Awalnya, Raffi bertanyakan Ariel berkenaan hubungan dengan BCL yang terlalu akrab seperti bercinta dan bukan seperti sahabat.

“Jujur Ariel saat adegan video klip ini, sempat merasa gugup atau terbawa perasaan?” tanya Raffi.

“Ini jawapannya cuma gugup serta perasaan berlebihan,” jawab Ariel amat berhati-hati.

Bagaimanapun, Ariel berkata, dia amat profesional ketika bekerja walaupun sempat terbawa perasaan. Jawapan ini sekali gus membuat Raffi dan seisi studio tertawa.

Ariel berkata, dia dan BCL masih dalam proses penghasilan muzik video untuk single terbarunya.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat