Syed Saddiq Berbohong, Isu Mahathir Ditekan DAP, PKR

- Advertisement -

Oleh: Dr. Kamarul Zaman Yusoff

Di dalam usaha beliau untuk menyucikan Tun Dr Mahathir, Syed Saddiq menyebut urutan yang berlaku di dalam mesyuarat-mesyuarat Majlis Pimpinan Tinggi BERSATU dan Majlis Presiden Pakatan Harapan yang membawa kepada runtuhnya Kerajaan Pakatan Harapan.

Yakin sekali nampaknya Syed Saddiq di dalam mengemukakan apa yang berlaku di dalam mesyuarat-mesyuarat tersebut sehingga beliau berani menyebut kalau apa yang beliau ceritakan itu adalah salah maka “boleh ambil tindakan mahkamah atau undang-undang”.

Saya amat tertarik dengan dakwaan Syed Saddiq dalam audio rakaman beliau semalam yang berbunyi “bila tibanya Majlis Presiden Pakatan Harapan, desakan-desakan (pemimpin PKR, DAP dan AMANAH ke atas Tun Dr Mahathir) tidak berlaku sama sekali”.

Ini kerana di dalam audio rakaman Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan pada 21 Februari 2020 sepanjang 2 jam 24 minit 22 saat yang pernah viral satu ketika dahulu didapati wujud beberapa kenyataan menarik yang dibuat oleh Syed Saddiq.

Pada minit ke 15:23 audio rakaman mesyuarat ini umpamanya Syed Saddiq kedengaran menyatakan “In reality I think what you are proposing here is worst” manakala pada minit ke 16:48 beliau kedengaran menyatakan “Saya tidak bersetuju dengan usul ini, if anything, I think what should come out from today is we give full support to the Prime Minister, without ever shackling him for the date of transition”.

Untuk lebih jelas, eloklah kita minta Syed Saddiq sendiri menerangkan apakah usul yang beliau katakan sebagai teruk dan yang beliau tidak bersetuju ini dan kenapakah pula beliau boleh meminta mesyuarat ini memutuskan supaya ia memberi sokongan penuh kepada Tun Dr Mahathir.

Begitu juga empat kali di dalam audio rakaman mesyuarat ini Syed Saddiq kedengaran menyatakan:

(1) “We keep on pressuring Tun”, iaitu pada minit ke 1:37:56.
(2) “You keep on pushing Tun”, iaitu pada minit ke 2:10:43.
(3) “You keep on pushing Tun”, iaitu pada minit ke 2:12:43.
(4) “You keep on pushing Tun”, iaitu pada minit ke 2:17:22.

Untuk lebih jelas juga, eloklah kita minta Syed Saddiq turut menerangkan apakah maksud “keep on pressuring Tun” dan “keep on pushing Tun” yang beliau sebut itu dan siapakah orang-orang yang beliau dakwa “keep on pressuring Tun” dan “keep on pushing Tun” tersebut?

Disebabkan Syed Saddiq sangat fasih dalam Bahasa Inggeris, eloklah juga kita minta Syed Saddiq turut menerangkan apakah maksud “pressuring” dan “pushing” ini, manalah tahu takut-takut kefahaman kita ke atasnya adalah berbeza daripada kefahaman beliau.

Nota: Penulis adalah penganalisis politik dan merupakan bekas Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia di Universiti Utara Malaysia.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat