PRN Sabah: Bung Moktar Pilihan Sebagai Poster Boy

- Advertisement -

CYBERJAYA : Umno Sabah akan mencadangkan Ketua Badan Perhubungannya, Datuk Seri Bung Moktar Radin sebagai ‘poster boy’ Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) di negeri itu.

Menurut Ketua Penerangan Umno Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, Bung Moktar merupakan calon paling layak untuk dijadikan wajah BN dalam kempen PRN kali ini berdasarkan kedudukannya sebagai pemimpin nombor satu dalam gabungan tersebut di peringkat negeri.

“Untuk Umno Sabah, memang tradisinya (poster boy) adalah Pengerusi BN,” katanya dalam sidang media semalam.

Namun begitu, Suhaimi yang juga Ahli Parlimen Libaran menegaskan bahawa keputusan muktamad mengenai pemilihan ‘poster boy’ masih belum dibuat, memandangkan ia perlu melalui perbincangan dan persetujuan bersama antara kepimpinan BN dan Pakatan Harapan (PH).

Gabungan BN dan PH ketika ini masih belum memuktamadkan sebarang pengumuman rasmi mengenai kerjasama strategik mereka untuk menghadapi PRN17, namun pengumuman mengenainya dijangka dibuat dalam masa terdekat.

Dalam perkembangan berkaitan, Suhaimi turut memaklumkan bahawa BN akan bertanding di 40 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, manakala selebihnya, sebanyak 33 kerusi, akan diperuntukkan kepada PH.

“Kalau BN-PH, kita sudah ada persefahaman dan tak ada pelanggaran agihan kerusi dengan PH. Mereka juga bersetuju dengan kerusi yang kita mahu bertanding,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat