Kupang di perairan Port Dickson tidak selamat dimakan, masih mengandungi biotoksin yang tinggi – DOF

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

PUTRAJAYA – Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) melalui kenyataannya pada Selasa berkata, Kupang di Perairan Port Dickson masih lagi tidak selamat untuk dimakan.

Pihaknya telah mengambil sampel kali kelima untuk ujian makmal pada 29 April lalu dan hasil dari laporan analisis makmal tersebut, menunjukkan kupang di situ mengandungi biotoksin yang tinggi.

“DOF bersama Persatuan Nelayan Negeri Sembilan giat menjalankan pemantauan setiap minggu bermula 2 April lalu.

Berdasarkan tinjauan semasa yang dijalankan di lokasi, nelayan dan peniaga sentiasa mematuhi arahan larangan mengambil, mengutip dan menjual seperti yang diarahkan sebelum ini, ”katanya.

Tambahnya , verifikasi yang telah dijalankan bermula 26 hingga 28 April lalu telah mengenal pasti seramai 81 orang penternak yang terjejas berikutan kes kupang tercemar biotoksin.

“DOF akan meneruskan pemantauan dengan melakukan pengujian secara berkala mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) National Shellfish Sanitation Programme (NSSP) yang ditetapkan sehingga bacaan biotoksin berada di paras yang dibenarkan dan kupang disahkan selamat untuk dimakan , ” tambah kenyataan itu lagi. -SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat