Tun Ahmad Fuzi Yang Dipertua Pulau Pinang Yang Baharu

GEORGE TOWN, 1 Mei — Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang Dipertua Negeri (YDP) Pulau Pinang kelapan dalam satu majlis penuh istiadat di Dewan Sri Pinang, di sini, menggantikan Tun Abdul Rahman Abbas yang telah berkhidmat sebagai Yang Dipertua Negeri selama 20 tahun.

Pada majlis itu Ahmad Fuzi, 72, mengangkat sumpah jawatan dan kemudiannya menandatangani surat sumpah itu dengan disaksikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang Tun Abdul Majid Tun Hamzah dan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang Datuk Abdul Razak Jaafar.

Terdahulu Ahmad Fuzi memeriksa barisan kawalan kehormatan yang terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat yang diketuai oleh Mejar Muhammad Farhan Abdul Razak.

Dilahirkan di Sungai Bakap, Pulau Pinang pada tahun 1949, Ahmad Fuzi menyertai perkhidmatan diplomatik dan pentadbiran negara pada tahun 1972 dan pernah berkhidmat dalam pelbagai kapasiti termasuk Ketua Setiausaha di Kementerian Luar Negeri sehingga tahun 2009.

Beliau turut dikurniakan darjah kebesaran negeri iaitu Darjah Utama Pangkuan Negeri (DUPN) yang membawa gelaran Datuk Seri, yang disampaikan kepada beliau oleh Ketua Menteri Chow Kon Yeow pada istiadat hari ini.

Ketika menyampaikan ucapan tahniah dan taat setia kepada Yang Dipertua Negeri yang baru, Chow berkata Pulau Pinang mampu untuk terus mencipta kejayaan yang lebih tinggi dengan pelantikan Ahmad Fuzi dengan berbekalkan pengetahuan dan pengalaman luas beliau dalam bidang perkhidmatan diplomatik dan pentadbiran negara.

— BERNAMA

 

Topik Hangat

Kontroversi SMK Puncak Alam, KPM Serah Kepada Polis

CYBERJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung beberapa insiden membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam (SMKPA). SMKPA menjadi tumpuan...

Tel Aviv Dihujani 80 Roket Ketika Gaza Kebumikan 26 Mangsa Kekejaman Israel (VIDEO)

CYBERJAYA - Kota Tel Aviv di Israel dihujani sekitar 80 tembakan roket yang dilancarkan dari Tebing Gaza bagi membalas kekejaman Israel ke atasa...

Israel Arah Serang Pegawai Hamas Di Iran, Turki, Qatar dan Malaysia?

TEL AVIV - Kepimpinan Israel didakwa mengarahkan ejen perisikan negaranya iaitu Shin Bet dan Mossad untuk membunuh pegawai tertinggi Hamas di dalam dan luar...

Berita Berkaitan

Agong, Permaisuri Berkenan Tunai Solat Hajat Untuk Palestin

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menunaikan...

KKM Kesan Tiga Lagi Kes Covid-19 Berkaitan Varian India – Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan tiga lagi kes baharu COVID-19 yang dijangkiti varian dari India B.1.617.2. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham...

Malaysia Sedia Hantar Tentera Bantu Misi Pengaman PBB Di Palestin – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR - Malaysia bersedia menghantar anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi membantu misi pengaman di Palestin sekiranya ia diminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),...