KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh sedikit pun tidak goyah dengan ancaman peguam dan aktivis, Siti Kasim yang mengusulkan cadangan untuk memboikot Klinik Dr Akmal Saleh di Merlimau.
Dr Akmal malah mengalu-alukan gerakan boikot yang dicanang Siti Kasim dan gengnya memandangkan beliau juga tidak akan berganjak dengan kempen memboikot perniagaan kedai serbaneka KK Mart.
“Ada kawan saya hantar link X tunjukkan geng-geng Siti Kasim telah nak melancarkan boikot Klinik Dr Akmal Saleh.
“Alhamdulillah takpe sebagaimana kita ada hak untuk buat boikot juga KK Mart, geng-geng Siti Kasim kalau nak buat boikot Klinik Dr Akmal Saleh pun it’s okay tak de masalah sebab saya percaya rezeki bukan pada Siti Kasim and the gang yang bagi
rezeki tu pada Allah.
“Saya percaya juga Siti Kasim and the geng datang kat Merlimau ni tanya dululah orang Merlimau macam mana Klinik Dr Akmal Saleh barulah lancarkan boikot,” bidas Dr Akmal.
Tegas Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Negeri Melaka itu, “Jika Siti Kasim silakan nak lancarkan boikot Klinik Dr Akmal Saleh tetapi kami tetap dengan boikot KK Mart”.
Siti Kasim di aplikasi X sebelum itu berkata, apa perasaan Dr Akmal sekiranya klinik miliknya dijadikan sasaran boikot atau lebih parah lagi menjadi sasaran dilempar molotov cocktail (bom petrol).