Tangguh kerja pasang paip pembentungan menjelang Aidilfitri

- Advertisement -

KUANTAN – Semua kerja pemasangan paip pembentungan membabitkan penutupan jalan di bandar raya ini ditangguhkan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas menjelang sambutan Aidilfitri.

Datuk Bandar Kuantan, Datuk Hamdan Hussin berkata, arahan dan pemakluman itu sudah diberikan kepada syarikat yang terbabit dengan kerja berkenaan.

“Semua laluan yang mereka tutup sebelum ini untuk buat kerja paip atau kerja berkaitan perlu dibuka kerana kita sendiri kena fahamlah, musim perayaan jumlah kenderaan akan meningkat.

“Kalau (ada laluan) ditutup, boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas, jadi mereka (syarikat kontraktor) perlu memberhentikan kerja dan buka semua laluan,” katanya kepada media di sini, hari ini.

Terdahulu, Hamdan bersama Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak dan ahli dewan undangan negeri (ADUN) Teruntum, Sim Chon Siang meninjau laluan Jalan Teluk Sisek yang dibuka semula selepas tiga tahun ditutup untuk kerja pemasangan paip pembentungan.

Projek loji rawatan kumbahan serantau dan rangkaian projek pembentungan bandar raya Kuantan Fasa 1 itu memulakan pembinaan pada April 2018.

Kos bagi projek berkenaan dianggarkan bernilai RM521 juta dan berperanan menggantikan 165 loji kumbahan lama di sekitar bandar raya itu.

 

author avatar
Nik Syukri Ramli
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat