Pemuda UMNO Minta AEON Credit Beri Penangguhan 6 Bulan Kepada Peminjam

Pemimpin PKR Gesa UMNO Kerjasama Dengan PH

KUALA LUMPUR – Penjajaran politik baharu yang melibatkan Pakatan Harapan (PH) dan UMNO wajar dibincangkan oleh kedua-dua pihak meskipun terdapat penyokong kedua-dua parti kurang...

Pemandu Pelancong, Teksi dan Bas Terima Bantuan Kewangan RM500

KUALA LUMPUR - Pemandu pelancong, teksi dan bas akan menerima bantuan kewangan sekali beri sebanyak RM500 melibatkan peruntukan tambahan RM66 juta di bawah pakej...

Beberapa Individu Bakal Ditahan Bantu Siasatan Isu Kartel Daging – SPRM

PUTRAJAYA - Beberapa lagi individu bakal ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung isu kartel daging sejuk beku. SPRM dalam kenyataannya berkata, sejak...

MINDEF Terima Sumbangan RM200,000 Bantuan Persekolahan Anak Anggota Tentera

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan (Mindef) menerima sumbangan RM180,000 daripada Pharmaniaga Berhad (Pharmaniaga) dan RM20,000 Zakat Wakalah daripada Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Wilayah Persekutuan...

i-Sinar Kategori 2 Terima Bayaran Interim Sehingga RM1,000 Mulai 26 Januari – KWSP

KUALA LUMPUR - Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang memohon kemudahan i-Sinar bagi Kategori 2 akan menerima pembayaran interim sehingga RM1,000 daripada jumlah...

JOHOR BAHRU – Pergerakan Pemuda UMNO Johor meminta AEON Credit melanjutkan tempoh penangguhan pembayaran balik pinjaman daripada sebulan seperti yang ditawarkan sebelum ini kepada enam bulan berikutan penularan pandemik koronavirus (Covid-19).

Ketuanya, Mohd Hairi Mad Shah berkata, ini kerana mereka yang meminjam dengan institusi kewangan itu rata-ratanya merupakan golongan B40 dan M40, penduduk kampung dan golongan usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Jadi, adalah wajar AEON Credit memberikan penangguhan enam bulan memandangkan ramai individu khususnya golongan muda yang mempunyai komitmen ansuran bulanan dengan institusi kewangan berlesen berkenaan.

“Hampir 90 peratus pemilik motosikal adalah daripada golongan B40 dan M40 yang membuat pinjaman dengan AEON Credit,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd Hairi berkata, Pemuda UMNO Johor berharap pihak AEON Credit memandang serius perkara tersebut bagi meringankan beban pengguna dan PKS berikutan impak Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ke atas ekonomi negara.

Katanya, walaupun peminjam AEON Credit berskala kecil tidak seperti institusi perbankan, mereka merupakan peniaga PKS yang bergantung dengan pendapatan harian dan situasi ketika ini menyebabkan mereka cukup terkesan sekali.

Johor, katanya, mempunyai 98,190 usahawan dan 75,603 di bawah definisi mikro iaitu mempunyai nilai jualan bawah RM300,000 serta mempunyai lima pekerja manakala 19,638 lagi berskala kecil iaitu jualan tahunan daripada RM300,000 hingga RM15 juta dengan lima hingga 75 pekerja.

Beliau memberitahu, terdapat 2,945 usahawan berskala sederhana dengan nilai jualan RM15 juta sehingga RM50 juta yang mempunyai 75 hingga 200 pekerja.

Selain itu, katanya, Pemuda UMNO Johor berharap kerajaan dapat melaksanakan program pelindungan secara berperingkat-peringkat untuk usahawan dan peniaga PKS di seluruh negara dan di negeri ini yang terjejas.

“Disebabkan penularan Covid-19 dan PKP, rata-rata PKS kini terjejas kerana perlu membayar gaji pekerja, bil elektrik, faedah pinjaman bank, AEON Credit, Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Perkeso, sewa kedai dan cukai perniagaan.

“Pergerakan Pemuda UMNO Johor percaya usahawan PKS tidak mempunyai masalah jika perlu duduk di rumah dalam tempoh PKP dilaksanakan, tetapi kerajaan perlu membantu dengan memastikan bebanan ditanggung usahawan PKS dapat dipotong ataupun dikurangkan,” katanya.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Keluar Wang i-Sinar, lelaki bina 11 bonggol atas jalan

Lelaki bina 11 bonggol atas jalan mohon maaf Besut: Seorang lelaki yang menimbulkan kekecohan di daerah ini kerana membina 11 bonggol di atas jalan di...

Dr Mahathir sedia kerjasama dengan UMNO dengan satu syarat

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan keterbukaannya untuk menjalin kerjasama dengan bekas parti yang dipimpinnya iaitu UMNO...

Hujan lebat ubah struktur tanah akibatkan paip patah -Ranhill SAJ

JOHOR BAHRU- Kejadian hujan lebat secara berterusan sejak seminggu lalu telah menyebabkan perubahan struktur tanah di kawasan tangki Bukit Kempas 2 dan menyumbang kepada...

Berita Berkaitan

Pemimpin PKR Gesa UMNO Kerjasama Dengan PH

KUALA LUMPUR – Penjajaran politik baharu yang melibatkan Pakatan Harapan (PH) dan UMNO wajar dibincangkan oleh kedua-dua pihak meskipun terdapat penyokong kedua-dua parti kurang...

Beberapa Individu Bakal Ditahan Bantu Siasatan Isu Kartel Daging – SPRM

PUTRAJAYA - Beberapa lagi individu bakal ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung isu kartel daging sejuk beku. SPRM dalam kenyataannya berkata, sejak...

i-Sinar Kategori 2 Terima Bayaran Interim Sehingga RM1,000 Mulai 26 Januari – KWSP

KUALA LUMPUR - Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang memohon kemudahan i-Sinar bagi Kategori 2 akan menerima pembayaran interim sehingga RM1,000 daripada jumlah...