Nurul Izzah, PKR tak fitnah NFC –Mahkamah Persekutuan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dan PKR tidak bersalah memfitnah National Feedlot Corporation (NFCorp) dan pengerusinya.

Memetik laporan Malaysiakini, dalam keputusan sebulat suara pagi ini, tiga panel hakim mahkamah tertinggi itu sebulat suara menolak rayuan NFCorp dan Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail.

Susulan keputusan itu mahkamah juga memerintahkan syarikat itu dan Salleh membayar kos sebanyak RM50,000.

Syarikat itu dan Salleh sebelum ini menyaman Nurul Izzah dan PKR kerana memfitnahnya dalam sidang media yang diadakan ahli Parlimen PKR itu di Parlimen pada tahun 2012.

Sebelum ini Pengerusi National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) Datuk Seri Dr Salleh Ismail memfailkan saman fitnah terhadap ahli Nurul Izzah dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution.

Saman difailkan berhubung dakwaan pembelian lapan unit kondominium di KL Eco City bernilai RM12 juta ringgit.

Salleh, yang juga suami Datuk Seri Shahrizat Jalil, berkata, dakwaan itu menggambarkan dirinya tidak boleh dipercayai, penjenayah, tamak atau menggunakan kedudukan isteri untuk mendapat faedah.

Selain itu , ia juga menggambarkan dirinya menggunakan wang rakyat untuk kekayaan sendiri dan syarikat itu telah menipu atau menyalah guna dana kerajaan atau wang rakyat.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat