Pertikaian pakatan politik hari ini hanya untungkan musuh politik – Salleh Keruak

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak menyeru Umno mengelakkan daripada membincangkan soal gabungan dengan parti lain sebaliknya menumpukan kerjasama bersama Pakatan Harapan (PH).

Tegas Salleh, hal ini kerana perbincangan itu hanya akan menguntungkan pihak lawan.

“Pakatan semasa (Kerajaan Perpaduan Umno-PH) berjalan lancar, kekal dengannya.

“Menurutnya, seorang ahli politik yang bijak tidak sepatutnya menilai prospek masa depan gabungan politik semasa, di mana ia menjadi kepentingan politiknya.

“Ia bukan persoalan sama ada kita bersama mereka yang tidak bersalah atau bersalah, popular atau tidak popular. Sebaliknya, kita patut pertimbangkan apa yang terbaik dalam kepentingan politik kita,” katanya dalam catatan Facebook, semalam.

Dalam pada itu, bekas Ketua Menteri Sabah menegaskan, “soalan siapa dan bagaimana gabungan kita pada masa akan datang bukanlah isu pada hari ini.

“Sekiranya kita membuka perbincangan tentang perkara ini, ia hanya akan memberi faedah kepada musuh politik kita.”

Katanya, Umno sepatutnya menggunakan peluang dengan bijak apabila berada dalam kerajaan untuk memberi tumpuan terhadap cabaran yang dihadapi negara.

Ahad lalu, Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kerjasama PH-BN akan diteruskan selepas pilihan raya umum akan datang.

Manakala Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari kemudiannya mengeluarkan kenyataan sinis “bersetuju” bayangan diberikan Zahid itu, yang didakwanya memudahkan pengundi Melayu membuat pendirian awal.

Semalam, Hassan Karim dari PKR berpendapat Umno perlu diterajui muka baharu, tidak hanya “menumpang dahan” PH pimpinan Anwar Ibrahim yang diakuinya “rapuh” dalam berdepan PRU16.

Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang itu, rombakan pemimpin baharu yang segar, berintegriti dan berkarisma penting untuk mendapatkan undi Melayu – kumpulan sokongan paling corot diterima gabungan PH-BN kini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat