RM2 Juta Disalur, 20 unit bot Persediaan Hadapi Banjir Di Johor – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sebagai persediaan mendepani situasi banjir di Johor, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan menyalurkan peruntukan serta-merta sebanyak RM2 juta khusus untuk pembersihan saliran paip.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga mengumumkan penyerahan 20 unit bot bagi tujuan memperkukuhkan kelancaran pengoperasian banjir di mana setiap daerah menerima dua unit bot.

Kata Zahid, menurut ramalan cuaca yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), luruan monsun yang sedang berlaku di rantau negara kini dijangka akan berterusan sehingga 4 Februari 2023.

Susulan itu, 10 Siri Amaran Hujan Berterusan telah dikeluarkan dan MET Malaysia meramalkan Amaran Hujan ini akan berterusan sehingga awal Februari.

“Selepas melihat situasi banjir di Sabah semalam, hari ini saya meninjau pula keadaan banjir yang melanda daerah Batu Pahat, Johor.

“Ketika lawatan saya, saya berpuas hati melihat koordinasi yang dilakukan Jawantankuasa Pengurusan Bencana di peringkat pusat, negeri, daerah termasuklah NGO-NGO yang terlibat seperti Southern Volunteers.

“Beberapa tindakan telah dibincangkan dan sedang/akan dilaksanakan termasuklah pembersihan saliran, penyelenggaraan sungai/parit, pembaikan jalan dan penyediaan pam-pam air di kawasan-kawasan terkesan banjir.

“Oleh itu sebagai langkah awal, NADMA melalui JPS akan menyalurkan peruntukan serta-merta sebanyak RM2 juta ringgit khusus untuk pembersihan saliran parit,” katanya dalam kenyataan semalam.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat