Kerjasama MOSTI, KSTI Terus Diperkukuhkan

- Advertisement -

KOTA KINABALU — Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI) akan menjalin kerjasama dalam penganjuran program-program bagi tahun 2023.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Arthur Joseph Kurup berhasrat agar dasar Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (STIE) di peringkat persekutuan dapat diterjemahkan dengan baik di peringkat negeri Sabah dengan sokongan diantara kedua-dua kementerian.

“Pada tahun lalu, MOSTI telah berjaya melaksanakan beberapa program yang memberi impak kepada masyarakat di negeri Sabah antaranya Techlympics yang dapat meningkatkan inovasi dalam kalangan belia dan beliawanis di negeri ini.

“Selain itu, MOSTI juga telah menganjurkan program ‘Upskilling for Deep Tech and Future Skills’ yang mendapat sambutan hangat dari seluruh negara terutamanya di negeri ini.

“Program ini berteraskan kepada peningkatan kemahiran pekerja bagi memenuhi keperluan industri yang berasaskan teknologi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan pertemuan bersama Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia, Datuk Arthur Joseph Kurup bersama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr. Mohd Arifin Arif hari ini.

Jelasnya bagi negeri Sabah, pada tahun lalu permintaan kepada program ini meningkat kepada hampir 178 peratus dengan jumlah penyertaan sebanyak 534 peserta berbanding
jumlah peruntukan asal sebanyak 300 penyertaan sahaja.

Beliau berharap Belanjawan 2023 yang bakal dibentang pada penghujung Februari dapat memperuntukkan jumlah yang sewajarnya agar program- program di bawah MOSTI yang memberikan impak positif kepada masyarakat di akar umbi dapat diteruskan pada masa akan datang.

Hadir sama di sesi kunjungan hormat, Timbalan Ketua Setiausaha Ts. Dr. Nagulendran A/L Kangayatkarasu, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains), Puan Sharmila binti Mohamed Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Inovasi Malaysia dan Puan Misbah Jimbun, Pengarah Pusat Sains Negara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat