Lelaki Mati Ditembak Di Kondominium Ada 11 Rekod Jenayah Lampau

- Advertisement -

BUKIT MERTAJAM – Suspek yang mati ditembak di sebuah kondominium di Perai, dekat sini malam tadi mempunyai 11 rekod jenayah lampau dengan empat daripadanya menyebabkan lelaki itu menjadi buruan polis sebelum ini.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abdul Samad dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut Shafee, mangsa yang dipercayai berusia dalam lingkungan 30-an meninggal dunia di tempat kejadian susulan kejadian itu.

Katanya, siasatan awal mendapati, mangsa disyaki ditembak dengan menggunakan senjata api oleh dua lelaki yang menaiki dua buah motosikal berasingan dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 9.30 malam itu.

“Susulan kejadian itu juga, polis meminta mana-mana orang awam yang menyaksikan tragedi itu atau mempunyai sebarang maklumat berkaitan supaya tampil ke depan untuk membantu siasatan.

“Mereka (orang awam tersebut) boleh berhubung dengan pegawai penyiasat, Nurul Farahida Ismail di talian 019-5658059 atau 04-5382222,” katanya yang memberitahu, kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Terdahulu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain dipetik sebagai berkata, mangsa ditemukan dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah di tingkat tiga kondominium berkenaan.

Jelasnya, sebanyak 12 kelongsong peluru turut ditemukan berhampiran mayat mangsa dalam kejadian tersebut. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat