AGC sedang teliti semua bukti sebelum tentukan tindakan lanjut kes KP AKPS

KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara (AGC) akan meneliti keterangan saksi, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan pelbagai bukti lain, sebelum membuat keputusan mengenai tindakan lanjut berhubung insiden melibatkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.

Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar mengesahkan perkara itu, selepas pihak AGC menerima kertas siasatan berhubung kes yang berlaku di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.

Beliau berkata semua bukti yang dikumpulkan sepanjang proses siasatan akan diteliti secara menyeluruh bagi membolehkan pihak AGC menentukan langkah seterusnya.

“AGC akan meneliti setiap aspek siasatan sebelum sebarang tindakan lanjut boleh diambil berhubung kes ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail, berkata kertas siasatan itu dikemukakan kepada AGC untuk penelitian, nasihat dan arahan lanjut selaras dengan peruntukan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan.

Setakat ini, 25 saksi dirakam keterangan, bagi membantu siasatan kejadian yang berlaku pada 28 September lalu itu, lapor Bernama.

Siasatan dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan dengan sengaja melakukan sesuatu perbuatan yang menyebabkan kesakitan, penyakit atau kelemahan tubuh kepada orang lain.

Mohd Shuhaily sebelum ini menyerahkan kepada kerajaan berhubung tindakan yang mungkin dikenakan, susulan video tular yang memaparkan beliau memarahi dua individu di KLIA Terminal 1.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat