JAKARTA – Harimau Malaya menutup kempen Piala ASEAN FIFA 2026 dengan penuh bergaya apabila menewaskan Vietnam 1-0 di Stadium Gelora Bung Karno (GBK), sebentar tadi.
Gol kemenangan skuad negara hadir menerusi pemain gantian, Fergus Tierney, yang meledak jaringan tunggal perlawanan pada minit ke-62.
Kemenangan itu sekali gus menyaksikan Malaysia menamatkan saingan Piala ASEAN FIFA 2026 di tempat ketiga.
Lebih membanggakan, skuad negara bukan sahaja menamatkan kempen tanpa kalah, malah turut berjaya mengekalkan rekod tanpa bolos sepanjang kejohanan.
Prestasi tersebut menjadi penutup positif buat Harimau Malaya selepas mempamerkan aksi konsisten sepanjang saingan kejohanan kali ini.



