PM hargai kepercayaan Bahrain kepada Malaysia jayakan Formula 1, salut kepada seluruh petugas dan rakyat

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan penghargaan kepada Bahrain atas kepercayaan kepada Malaysia dan Litar Antarabangsa Sepang untuk menjayakan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026, sekali gus mempererat persahabatan kedua-dua negara.

Kata Anwar, kerjasama erat Sepang International Circuit (SIC) dan Bahrain International Circuit (BIC), disertai komitmen seluruh pasukan penganjur, telah memungkinkan perlumbaan ini berlangsung dengan jayanya.

“Salut kepada semua yang bertungkus-lumus, daripada pemandu bas, anggota keselamatan dan sukarelawan hingga peniaga serta petugas kebersihan, kerana di sebalik kemeriahan ini ada keringat dan kesungguhan mereka yang wajar kita hargai.

“Terima kasih kepada peminat F1 dari seluruh dunia yang hadir, dan terutamanya rakyat Malaysia yang memeriahkan perlumbaan serta menyambut para tetamu dengan penuh kemesraan dan budi bahasa.

“Kalian telah memperlihatkan wajah Malaysia yang mesra, terbuka dan kaya dengan semangat muhibah.

“Semoga kita ketemu lagi di Sepang. Insya-Allah,” ujar Perdana Menteri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat