KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Bersatu Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mengingatkan ahli-ahli Bersatu tentang sumpah dan baiah.
Tegas beliau, jika meninggalkan parti atau bertukar ke parti lain, maka akan dilaknat Allah, Rasul dan orang yang beriman, segala perbelanjaan menggunakan elaun ahli dewan tersebut adalah haram.
“Patuh kepada Perlembagaan Bersatu, dasar-dasar dan arahan parti.
“Ini termasuk akan meletakkan jawatan dari menjadi Ahli Dewan atau akan membayar RM10 juta kepada Bersatu apabila keluar atau dipecat dari parti.
“Tazkirah dan ingatan kepada mereka yang terbabit, kalau mereka ada yang membaca lafaz sumpah dan baiah ini,” katanya.
Peringatan Tun Faisal ini dipercayai merujuk penguguman bekas Ketua Bersatu Terengganu Datuk Razali Idris yang memberi bayangan akan meninggalkan Bersatu setelah 10 tahun sebagai anggota.
“10 tahun sebagai pimpinan Bersatu, hari ini berhenti.
“Insya-Allah, saya jalan terus dengan wadah baru.
“Jangan kecam dehh,” tulis Razali di Facebook pada Khamis.


