Sudah lebih 3 tahun DAP zalim dan menafikan hak peruntukan- Wan Saiful anggap itu persediaan DAP jadi pembangkang

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Wawasan Wan Saiful Wan Jan mendakwa DAP sengaja bermain wayang apabila menuntut secara terbuka peruntukan sama rata untuk semua Ahli Parlimen.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu malah menganggap desakan bersungguh DAP itu sebagai persediaan untuk menjadi pembangkang kelak.

“DAP sekali lagi bermain wayang. Tiba-tiba saja dia menuntut secara terbuka peruntukan sama rata untuk semua MP.Tuntutan ini adalah perkara yang baik. Tapi ia wayang saja, sebab kalau DAP serius kenapa tak tuntut dari awal?

“Dah dekat hujung penggal baru nak berlakon seolah-olah mereka peduli. Padahal sudah lebih 3 tahun mereka zalim dan menafikan hak peruntukan daripada kami wakil rakyat Perikatan Nasional (PN).

“Saya katakan ia wayang sebab DAP buat pengumuman seolah-olah mereka peduli mengenai hak wakil rakyat secara keseluruhan. Tapi sebenarnya DAP sekarang bimbang mereka jadi pembangkang selepas PRU16. Sebab itu baru sekarang dia mahukan akta diwujudkan untuk menjamin peruntukan.

“Bukan atas sebab keikhlasan menjaga kepentingan rakyat, tapi hanya menjaga kepentingan DAP sendiri,” dakwa Wan Saiful.

Menurut beliau, itu sebenarnya mereka hanya nak sediakan “safety net” untuk diri sendiri sahaja.

Ujarnya, dengan akta yang mereka tuntut ini, mereka rasa mereka boleh terus belanjakan wang negara selepas hilang kerajaan dan jadi pembangkang nanti.

“Mudah sangat nak baca wayang DAP ni. Mereka bukan fikir mengenai rakyat. Tapi mereka fikir tembolok sendiri sahaja,” bidas beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat