BN akan terus angkat politik kesederhanaan dan kukuhkan perpaduan

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) berikrar akan terus mengangkat politik kesederhanaan, mengukuhkan perpaduan antara kaum dan mengamalkan tadbir urus yang baik serta bekerjasama dengan semua pihak untuk pastikan Negeri Sembilan terus kekal sebagai sebuah negeri yang stabil dan maju.

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata kepercayaan ini diberikan oleh rakyat dan kerajaan Negeri Sembilan akan diuruskan melalui pentadbiran yang bertanggungjawab.

“BN menerima kemenangan ini dengan penuh rasa syukur dan tawaduk.

“Kepercayaan yang diberikan oleh rakyat akan diterjemahkan melalui pentadbiran yang bertanggungjawab, berorientasikan rakyat dan berpaksikan prinsip kestabilan serta kemajuan negeri,” menurut kenyataan itu.

BN dengan kerjasama politik bersama Perikatan Nasional (PN) semalam menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan dengan berjaya memenangi 25 kerusi masing-masing 18 untuk BN dan 7 untuk PN.

Datuk Seri Dr Zambry berkata kemenangan itu bukan sekadar satu pengiktirafan tetapi satu amanah besar yang wajib dipikul dengan penuh intergriti, tanggungjawab, dan keikhlasan demi berkhidmat kepada seluruh rakyat Negeri Sembilan tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang.

“BN turut merakamkan terima kasih kepada jentera dari seluruh negara, sukarelawan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pasukan keselamatan, petugas media serta semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan proses demokrasi ini,” katanya.

Beliau berkata keputusan ini menunjukkan bahawa rakyat Negeri Sembilan terus meletakkan keyakinan kepada pendekatan politik yang sederhana, stabil dan berteraskan perpaduan.

BN dan PN kini menguasai dua pertiga kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan manakala Pakatan Harapan (PH) kalah teruk pada pilihan raya itu.

author avatar
Ibnu Khusairy Aris
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat