Kenyataan Ismail Sabri, Sokongan Puad Bukti Tiada Lagi ‘Fixed Deposit’ Dalam Politik – Fahmi

BATU PAHAT — Pengarah komunikasi Pakatan Harapan, Datuk Fahmi Fadzil berkata kenyataan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa pengundi bukan Melayu bukan lagi “deposit tetap” kepada DAP membuktikan tiada lagi konsep fixed deposit dalam politik Malaysia, termasuk melibatkan UMNO sendiri.

Menurut beliau, semua parti perlu berusaha mendapatkan dan mengekalkan kepercayaan rakyat kerana sokongan tidak boleh lagi dianggap sebagai sesuatu yang kekal.

“Kita tak boleh take for granted. Sokongan daripada rakyat perlu kita bukan hanya usaha dan peroleh, tetapi kita perlu jaga. Saya percaya ramai dalam kalangan rakyat mengharapkan sesuatu yang lebih baik.

“Pada masa sama, apabila mereka mendengar beberapa kenyataan yang merisaukan dan menggerunkan, mungkin bagi mereka ia membuka mata dan membuat mereka faham bahawa undi mereka bukan sekadar rahsia, tetapi terlalu berharga untuk menentukan masa depan bukan hanya negeri, tetapi juga negara,” katanya selepas program ramah mesra bersama penduduk Kampung Istana di sini, hari ini.

Fahmi turut ditanya mengenai tindakan bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Puad Zarkashi yang menyatakan sokongan secara terbuka kepada calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rengit.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata perkembangan tersebut mengukuhkan lagi pandangannya bahawa tiada lagi mana-mana parti yang boleh bergantung kepada sokongan tetap.

“Susulan kepada kenyataan Datuk Seri Ismail Sabri, saya berpandangan tidak ada lagi undi tetap atau fixed deposit, termasuk untuk UMNO.

“Bila Datuk Dr. Puad Zarkashi mengeluarkan kenyataan menyokong calon PH bagi DUN Rengit, dan sebelum ini kita lihat ada anggota Bersatu menyokong calon PH di Sri Medan, saya tidak mustahil dalam hari-hari yang akan datang lebih ramai yang membuat kenyataan seperti itu.

“Jadi saya lihat ini, sekali lagi membuktikan bahawa Pakatan Harapan mempunyai daya tarikan sendiri, dan terbukti terutama di peringkat Persekutuan, kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memberi bukan sahaja imej yang sangat baik kepada negara, tetapi juga kebangkitan semula ekonomi negara kita, termasuk di negeri Johor.

“Jadi ini adalah peluang yang baik untuk lebih ramai menyatakan sokongan mereka kepada Pakatan Harapan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat