KUALA LUMPUR – Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Nabil Halimi mencabar semua Ahli Parlimen dari Umno supaya mengusulkan undi tidak percaya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri di Dewan Rakyat.
Nabil malah melabel Ketua Pemuda Umno sebagai parasit Kerajaan Perpaduan dan ikon ugut negara seperti budak mengamuk tidak mendapat mainan.
“Kita kembali dengan “Akmal ingin ugut apa lagi?” Beginilah Akmal apa yang dinyatakan oleh Ketua AMK Kamil Munim jelas Pakatan Harapan (PH) sebagai gabungan terbesar bukan meminang BN saja, tetapi termasuk juga GRS, GPS, Warisan, Ahli Parlimen bebas atas Titah Yang di-pertuan Agong dalam membentuk kerajaan yang stabil.
“Saya hairan mengapa Akmal gagal faham? Lupa Akmal sengaja buat tidak faham kerana dia memang parasit dalam Kerajaan Perpaduan,” bidas Nabil.
Beliau bagaimanapun menegaskan, Akmal tidak perlu mengugut Perdana Menteri untuk buang semua Ahli Parlimen Umno sekarang.
“Jika Umno sudah merasakan tidak dihargai, tiada hati dalam Kerajaan Perpaduan serta tidak percaya kepada kepimpinan PM Anwar, saya mencabar seluruh Ahli Parlimen Umno, sendiri mengusulkan undi tidak percaya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim Di dewan Rakyat yang akan bersidang.
“Amacam boleh? Kalau tidak ,teruskan hanya menjadi ikon kaki ugut negara seperti budak mengamuk tidak mendapat mainan.
Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Akmal Saleh sebelum itu menyelar Kamil yang mendakwa kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkenaan peranan BN dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan sebagai ‘overclaim’ dan angkuh.
“Tetapi jika kamu dan kepimpinan kamu merasakan bahawa peranan BN tiada dalam Kerajaan Perpaduan ini,maka saya cabar Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk buang semua ahli Parlimen Umno dalam Kerajaan Perpaduan ini sekarang. Boleh? cabarnya.



