Pegawai kanan Jabatan Siasatan Jenayah Selangor meninggal dunia jatuh bangunan awal pagi tadi

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar mengesahkan seorang pegawai kanan polis meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari sebuah bangunan di Seksyen 14 di Shah Alam, pagi tadi.

Shazeli dalam kenyataan berkata, pegawai kanan polis berkenaan adalah seorang lelaki yang bertugas dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

“Pusat kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam menerima maklumat berhubung kejadian itu jam 3.07 pagi tadi.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu hasil bedah siasat.

“Polis Selangor merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan meminta orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat