KUALA LUMPUR – Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim menyelar langkah Kerajaan Madani yang didakwanya berterusan menaikkan harga minyak meskipun kapal milik Malaysia telah dibenarkan berlayar melalui Selat Hormuz di Iran.
“Dulu tak boleh lalu Selat Hormuz, minyak naik 80 sen.
“Sekarang dah boleh lalu tanpa tol naik lagi 50 sen.
“Akhirnya tinggal satu iaitu turunkan harga minyak atau rakyat akan ‘turunkan’ kerajaan,” bidas AJK Pas Pusat itu dalam hantaran di Facebooknya.
Harga Minyak Terkini
RON95: RM 3.87/L
RON97: RM 4.95/L
Diesel Semenanjung: RM 6.02/L
Diesel Sabah/Sarawak/Labuan: RM 2.15/L
RON95 BUDI95: RM 1.99/L
Tarikh kuat kuasa: 2 April 2026s



