Kami Akan Berundur Setelah Iran Jadi Seperti Zaman Batu – Trump

WASHINGTON — Presiden Donald Trump memberi bayangan bahawa Amerika Syarikat akan meninggalkan Iran dalam tempoh dua hingga tiga minggu, selepas negara itu dilemahkan secara menyeluruh sehingga ke tahap “stone age” (zaman batu).

Menurut Trump, operasi ketenteraan AS kini tertumpu kepada usaha melumpuhkan keupayaan Iran sepenuhnya termasuk infrastruktur strategik, sistem pertahanan dan keupayaan ketenteraan sehingga negara itu tidak lagi mampu bangkit dalam masa terdekat.

Beliau turut menegaskan bahawa matlamat utama Washington bukan sekadar menamatkan perang, tetapi memastikan Iran tidak lagi berupaya membangunkan senjata nuklear. 

Sehubungan itu, pendekatan agresif yang digambarkan sebagai menjadikan Iran ke tahap “stone age” (zaman batu) dilihat sebagai strategi untuk menghapuskan sepenuhnya keupayaan teknologi dan ketenteraan negara tersebut, khususnya berkaitan program nuklear. 

Trump memberi isyarat bahawa sebaik sahaja objektif itu dicapai, Amerika Syarikat tidak akan terus kekal di Iran, sebaliknya akan berundur tanpa perlu menunggu sebarang perjanjian damai dengan Tehran.

Kenyataan itu mencerminkan perubahan pendekatan Washington, di mana rundingan tidak lagi menjadi syarat utama untuk menamatkan konflik, sebaliknya fokus diberikan kepada memastikan Iran tidak lagi menjadi ancaman strategik, khususnya dari segi pembangunan senjata nuklear.

Pemerhati antarabangsa melihat strategi ini sebagai berisiko tinggi, kerana ia bukan sahaja melibatkan kemusnahan besar terhadap sesebuah negara, malah berpotensi memberi kesan jangka panjang terhadap kestabilan rantau Timur Tengah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat