Naratif perpaduan Melayu, Islam tak sesuai dibawa ke Sabah – Salleh Keruak

KUALA LUMPUR – Politik yang terlalu ditekankan atas dasar kaum dan agama boleh mewujudkan perpecahan.

Bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, ramai bercakap tentang perpaduan Melayu dan Islam dalam politik nasional.

Namun katanya, pendekatan itu mungkin sesuai di Semenanjung tetapi Sabah berbeza — khususnya dalam konteks politik kepartian.

“Apabila kita melihat perkembangan politik di Kuala Lumpur, kadang-kadang kita berasa bimbang. Politik yang terlalu ditekankan atas dasar kaum dan agama boleh mewujudkan perpecahan.

“Apabila pilihan raya umum semakin hampir, nada dan retorik seperti ini biasanya menjadi lebih kuat. Bagi orang Sabah, pendekatan sebegini tidak membantu menyatukan perbezaan kita — malah boleh merenggangkannya.

“Pendekatan itu mungkin ada latar sejarah tersendiri di sana. Tetapi jika dibawa ke Sabah tanpa kefahaman yang betul, ia boleh mengganggu keharmonian masyarakat kita,” ujar beliau.

Bendahari Umno Sabah itu mengingatkan, Sabah dibina atas asas masyarakat majmuk. Bumiputera Islam, Bumiputera bukan Islam, Cina dan kaum-kaum lain telah lama hidup bersama.

“Kestabilan kita bergantung pada keseimbangan dan sikap saling menghormati — bukan pada dominasi satu kelompok.

“Sebab itu Sabah perlu berhati-hati. Kita mesti melindungi keharmonian masyarakat kita daripada arus politik yang tidak selari dengan realiti Sabah.

“Politik kita berasaskan tiga perkara — autonomi, pembangunan dan akomodasi. Mempertahankan hak Sabah, memajukan ekonomi rakyat dan mengurus kepelbagaian dengan matang.

“Dalam politik kepartian, perbezaan itu perkara biasa. Kita boleh bersaing semasa pilihan raya.

“Tetapi selepas pilihan raya, kita kembali duduk semeja. Kestabilan negeri mesti diutamakan.

“Kita mungkin berbeza pendekatan, tetapi tanggungjawab kita sama — menjaga keharmonian Sabah dan masa depannya,” tegas Salleh.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat