Timbalan Setiausaha Perdagangan & Hal Ehwal Pertanian Antarabangsa USDA buat kunjungan hormat Menteri KPKM

Oleh Zihan Zari

PUTRAJAYA – Timbalan Setiausaha Perdagangan dan Hal Ehwal Pertanian Antarabangsa, United States Department of Agriculture (USDA) Luke Lindbergh telah membuat kunjungan hormat ke atas Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Hj. Mohamad Sabu , bersempena misi perdagangan Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, dekat sini baru-baru ini.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam kenyataan berkata sesi pertemuan ini turut disertai oleh Duta Besar AS ke Malaysia, TYT Edgard D. Kagan.

“Perbincangan tertumpu kepada potensi peluasan perdagangan pertanian dua hala serta peluang kerjasama teknikal dan pelaburan bagi meningkatkan produktiviti sektor pertanian.

“Antara bidang yang diberi penekanan termasuk penggunaan mekanisasi dan automasi, teknologi digital, pembangunan pertanian pintar, penambahbaikan varieti benih serta penerapan teknologi Internet of Things (IoT), ”kata kenyataan itu.

“Kementerian turut menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan USDA dalam usaha memodenkan pengeluaran jagung bijirin (grain corn) bagi kegunaan makanan ternakan, di samping memperkukuh keupayaan pengeluaran sektor agromakanan negara melalui penerapan teknologi moden, ”katanya.

“Mesyuarat turut membincangkan lawatan kerja pegawai KPKM ke AS melibatkan penyertaan wakil Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) dan Jabatan Pertanian (DOA) dari 17 hingga 24 Januari 2026.

“Lawatan ini bertujuan mempertingkat kerjasama kedua-dua negara dalam aspek sanitari dan fitosanitari,”katanya lagi.

Tambahnya, nilai perdagangan pertanian antara Malaysia dan AS telah direkodkan sebanyak RM14.68 bilion bagi tempoh Januari hingga September lalu, sekali gus mencerminkan peranan AS sebagai rakan strategik penting Malaysia dalam rantaian bekalan makanan global.

Hadir sama, Ketua Setiausaha KPKM, Datuk Seri Isham Ishak; Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), KPKM, Dato’ Sri Norazman Ayob; dan Ketua Pengarah Pertanian, Dato’ Nor Sam Alwi. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat