Wan Saiful ajak Rafizi usul RUU halang PM bolot jawatan Menteri Kewangan

KUALA LUMPUR – Datuk Wan Saiful Wan Jan secara terbuka mengajak Datuk Seri Rafizi Ramli untuk mengusul semula Rang Undang-undang (RUU) pemisahan jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan seperti yang pernah dikemuka Ahli Parlimen Pandan itu pada 2015 dulu namun ditolak.

Menurut Wan Saiful, secara prinsip idea had tempoh jawatan Perdana Menteri dua penggal adalah baik namun belum memadai.

“Secara prinsip, saya merasakan bahawa idea ini adalah idea had tempoh jawatan Perdana Menteri ini baik dan wajar dilaksanakan tapi tidak guna hadkan tempoh masa jika tidak diwujudkan halangan undang-undang bagi Perdana Menteri membolot jawatan PM dan Menteri Kewangan.

“YB Pandan pernah mengutarakan satu rang undang-undang persendirian pemisahan jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan tetapi ditolak.

“Saya secara terbuka ingin mengajak YB Pandan serta rakan-rakan Ahli Parlimen beliau yang masih belum hilang semangat reformasinya untuk kita sama-sama usulkan semula RUU Persendirian tersebut.

“Kalau Rafizi sudi berkongsi draf persendirian yang dihasilkan pada 2015 dulu, saya sedia jadi pengusul bersama untuk usul tersebut,” pelawa Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat