Kertas siasatan kes rasuah bekas PTD sudah siap untuk dituduh – SPRM

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melengkapkan kertas siasatan kes rasuah melibatkan bekas Panglima Tentera Darat (PTD) dan akan mengemukakan cadangan pertuduhan kepada pihak pendakwaan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, kertas siasatan berhubung siasatan terhadap beberapa pegawai tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang melibatkan Op Parasit dan Op Star juga telah diserahkan kepada pihak pendakwa raya hari ini untuk tujuan penelitian serta arahan lanjut.

“Sebarang maklumat lanjut mengenai perkembangan tersebut akan dimaklumkan kemudian dari masa ke semasa,” katanya menurut Utusan pada Isnin.

Pada 15 Januari lalu, Azam memaklumkan telah mengarahkan pegawai penyiasat untuk mempercepatkan penyediaan kertas siasatan kes berprofil tinggi itu, memandangkan ia mendapat perhatian meluas daripada orang ramai dan media.

Pada 7 Januari lalu, bekas Panglima Tentera Darat bersama bersama dua orang isterinya ditahan SPRM bagi siasatan berkait projek perolehan tender tentera darat. Beliau kemudian dilepaskan daripada tahanan reman pada 12 Januari lalu.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat